Oleh Aspan Alias
The Malaysian Insider
July 02, 2012
2 JULAI — Sesiapa pun, apabila dalam keadaan lemah dan tidak sihat akan mudah merasa miskin di jiwa dan memandang semua dikelilingnya dengan perasaan takut. Memang ramai orang takut kerana “creativity”nya sendiri. Dikampung-kampung hingga sampai masa kini masih ada yang takut kepada setengah pokok yang rimbun kerana kononnya pokok itu berhantu. Oleh kerana terlalu percaya yang pohon rimbun itu berhantu maka akhirnya hantu itu akan timbul.
Kita lupa yang jika kita masih berbentuk Muhamad (mim ha mim dal) tidak ada apa elemen yang lain boleh mengatasi kita. Tetapi apabila kita lemah maka yang tidak berhantu itu pun dianggapnya ada hantu. Hantu dan syaitan itu sebenarnya takut dan tidak akan dapat mengatasi kita kerana kita adalah makhluk yang secantik-cantik kejadian. Manusia itu lebih mulia dari malaikat tetapi oleh kerana ada manusia yang lemah jiwanya maka yang mereka tidak sepatutnya takut pun mereka akan takut.
Dalam politik pun begitu juga. Umno sekarang amat takut jika ditewaskan oleh pembangkang dalam pilihanraya untuk menguasai kerajaan persekutuan. Rasa takutnya begitu jelas dan menonjol sehinggakan media yang menyokongnya seperti Utusan Malaysia mencari jalan untuk membantu BN dengan menulis perkara-perkara yang berunsur menakut-nakutkan rakyat. Awang Selamat dalam tulisannya semalam menulis tentang PAP Singapura yang kononya berkait rapat dengan DAP. Continue reading “Awang Selamat terus menghasut”