— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jun 26, 2012
26 JUN — Saya bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa kita tidak perlu mengikut jejak cara Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan, kerana diantara Malaysia dan negara-negara arab itu berbeza. Di negara-negara Arab itu tidak ada demokrasi dan saya bersetuju dengan Dr Mahathir itu.
Kita tidak mahu terjadinya Arab Spring disini untuk mendapatkan kuasa. Kita memilih untuk mendapatkan kuasa melalui pengiraan undi didalam pilihanraya yang diadakan secara demokratik. Tidak ada siapa yang mahukan kekecohan dalam politik ini, lebih-lebih lagi pihak pembangkang.
Kerana tidak mahu berlakunya Arab Spring itulah, rakyat mendesak kerajaan untuk membetulkan sistem pilihanraya di negara kita ini. Negara kita telah melalui pilihanraya demi pilihanraya sejak merdeka tetapi rakyat sekarang sedar bahawa sistem pilihanraya dan demokrasinya yang telah terlaksana selama ini tidak sampai ketahap yang munasabah. Ianya berat sebelah dan sentiasa memberikan kelebihan kepada BN sahaja. Continue reading “Hanya ‘mutu mengenal manikam’, bukannya ‘Muthu mengenal Maniam’”