— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jun 24, 2012
24 JUN — Baru sehari dua menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ali Hamsa sudah bercakap politik, sedangkan beliau adalah ketua kepada 1.4 juta perkhidmat awam yang sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bekerjasama dengan sesiapa atau mana-mana parti yang dipilih rakyat.
Kakitangan kerajaan merupakan pelaksana kepada apa-apa dasar yang telah digubal oleh sesiapa yang memerintah yang diberikan mandat oleh rakyat.
Ali menyeru kepada semua kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari pihak pembangkang. Walaupun beliau berasa berterima kasih kepada kerajaan kerana dijadikan KSN manggantikan KSN yang lama ia tidak bermakna Ali boleh menafikan hasrat rakyat yang ramai yang merupakan empunya kepada negara ini.
Penjawat awam itu pun kepunyaan rakyat dan dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk gaji Ali itu sendiri. Penjawat awam seperti Ali ini nampaknya mesti melalui kursus sivik yang asas untuk memahami apakah jenis negara dan sistem yang ada yang beliau akan tadbir ini. Continue reading “Ali Hamsa! Lepaskan jawatan KSN, tanding atas tiket BN!”