— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jun 08, 2012
8 JUN — Saya akan bertolak ke Utara untuk memenuhi jemputan berceramah malam ini dan besok. Sebelum saya berangkat ke sana saya perturunkan sedikit komen tentang pengumuman TS Muhy dua hari yang lepas.
Tan Sri Muhy berkata berkemungkinan beberapa pemberian dalam bentuk tunai kepada rakyat akan dilakukan sebelum pilihanraya ini untuk menampung kos barangan yang tinggi dan meringankan beban rakyat yang miskin. Kemiskinan memangnya menjadi umpan untuk BN dan Umno Baru untuk berkuasa dan kemiskinan rakyat inilah yang membuatkan rakyat yang sentiasa berharap kepada kerajaan. Khabarnya lagi RM10 billion akan dibelanjakan untuk BR1M kali ini.
Tidak lama lagi akan kita saksikan rakyat beratur lagi untuk mendapatkan bantuan itu, yang akan dibahagi-bahagikan oleh pemimpin-pemimpin Umno Baru di setiap pelusuk negara kita. Entah mana Umno Baru mandapatkan wang sebesar ini tidak pula diketahui. Jika wang ini datangnya dari kantung rakyat (wang rakyat), wang itu sepatutnya dibahagi-bahagikan oleh penjawat awam dan dalam konteks ini ia sepatutnya diberikan oleh pegawai-pegawai daerah, bukannya oleh ahli-ahli politik. Continue reading “Kereta tua selalu rosak, elok kita tukar kereta baru”