— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jun 03, 2012
3 JUN — Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. “sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak” kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah dikalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir dihujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah diatas segala kelemahan BN dan Umno Baru itu.
Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. ‘Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah diatas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Disebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu.
Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain tetapi satu perkara yang kita mesti ingat yang sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti.
Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu. Continue reading “Yang baik itu datang daripada Mahathir, yang tak baik itu datang daripada Pak Lah”