Lim Kit Siang

Kalau tidak berbohong, bukan Umno namanya

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 24, 2012

24 MEI — Kenyataan Rais Yatim yang jumlah kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini hanyalah lebih sedikit dari 22,000 sahaja dan perkiraan beliau itu disanggah oleh penulis-penulis dan individu pro Umno dan BN. Sesungguhnya 22,000 itu hanyalah jumlah peserta yang duduk dari persimpangan Jalan Tun Razak dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja.

Tetapi saya menyeru kepada sesiapa yang tahu jumlah sebenarnya (lebih dari 300,000 orang), supaya tidak melayan kata-kata Rais itu kerana beliau adalah hulubalang kepada Umno dan apabila bersama Umno itu banyak perkiraan sudah semestinya salah dan terlalu jauh dari kebenaran. Jika Rais mengakui jumlah peserta itu pada hakikatnya lebih dari 300,000 orang, maka beliau tidak akan dianggap sebagai ahli-ahli Umno. Umno memang begitu sikapnya… berbohong dan berbohong terus-terusan. Kalau tidak berbohong mereka tidak selari dengan “attribute” asas Umno itu.

Umno memang tidak merasa apa-apa jika berbohong. Berbohong itu ada satu kewajipan bagi Umno. Jika kita hendak menunjukkan bagaimana Umno nya kita itu, kita mesti berbohong kerana itulah Umno.

Yang penting bagi sesiapa yang menyertai perhimpunan itu, mereka tahu yang jumlah kehadiran melebihi 300.000 orang. Yang kita tahu perhimpunan raksaksa itu dihadiri oleh setiap bangsa dan agama, yang tua dan yang muda serta para professional yang buat pertama kalinya bersama Bersih untuk merakamkan manifestasi dan keluhan rakyat tentang kekurangan dan kelemahan ketara yang menyelubungi SPRM.

Kita jangan respon kepada kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin Umno kerana mereka adalah dari kumpulan yang tidak boleh diyakini rakyat lagi. Jika angka kedatangan peserta yang melebihi 300,000 itu dikatakan hanya 22,000 orang maka tidak syak lagi Umno sudah begitu panik dan terpaksa berbohong dan menyorok ditempat yang terang.

Kita mesti memahami kenapa pemimpin Umno berbohong tentang isu kehadiran peserta perhimpunan itu. Umno tidak boleh hidup jika tidak semua pemimpin-pemimpinnya berbohong. Kalau tidak berbohong pemimpin-pemimpin Umno tidak akan lena tidur. Mereka akan berasa segar kembali apabila berbohong. Berbohong itu adalah ibarat julap dan sarapan bagi Umno dan pemimpinnya.

Masalahnya saya sudah lama betul tidak bertemu dengan Rais ini. Oleh kerana begitu lama tidak bertemu dengan beliau, rupa-rupanya beliau belum lagi berubah. Baru sekarang saya sedar dan mengakui yang Rais sudah terlalu sebati dengan pembohongannya. Mulut manis Rais itu lah yang membolehkan beliau kekal dalam kabinet Najib. Jangan kita ambil peduli dengan angka-angka yang beliau sebut itu.

Tetapi sebaliknya perhimpunan ulang tahun Umno ke66 baru-baru ini dikatakan oleh media arus perdana yang kehadiran perhimpunan itu berjumlah 120,000 orang sedangkan jumlah sebenar kehadirannya hanyalah 65,000 orang sahaja. Jangan lawan mereka itu. Umno sebenarnya ibarat orang tua yang sakit. Semua orang mesti percaya dan menuruti kehendaknya. Kita jangan respon dan biarkan pemimpin mereka bercakap untuk membohongi diri sendiri. Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan mereka Umno bertindak pula untuk membohongi diri mereka sendiri… Mereka akan terus berbohong dan berbohong.

Tetapi pembohongan ini rasanya akan berakhir kerana selepas pilihanraya ini beliau tidak ada “premis” untuk berbohong lagi. Semasa itu nanti ramai orang Umno akan bertambah kurus bukan kerana hilang kuasa tetapi kerana semasa itu Umno akan menghadapi kesusahan kerana mereka sudah susah untuk berbohong lagi.

Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya. Berbohonglah banyak-banyak. Lagi pun kalau mereka cakap benar pun orang ramai akan menganggap mereka berbohong juga… sebab berbohong itu sudah sinonim dengan Umno. Umno itu bohong, bohong itu adalah Umno. — aspanaliasnet.blogspot.com