— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 21, 2012
21 MEI — Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir Mohamad di Jitra semalam mendapat perhatian saya. Beliau meminta supaya pemimpin Umno serta ahli-ahli partinya tidak sabotaj Umno dalam pilihanraya nanti. Beliau berkata yang beliau yakin Barisan Nasional akan menang jika semua pihak dalam Umno membuang sikap suka mensabotaj parti.
Kenyataan Dr Mahathir ini membuktikan yang apa yang saya katakan selalu yang pada PRU yang lalu lebih dari 1.5 juta ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang dan telah menunjukkan kepada semua yang Umno sudah tidak lagi boleh mengaku yang parti itu adalah parti yang mewakili orang Melayu dalam politik negara.
Beliau pastinya memahami keadaan sabotaj menyabotaj dalam Umno itu adalah satu kenyataan yang hakiki. Ini ialah kerana beliau sendiri merupakan penyabo kepada Umno dalam pilihanraya dahulu ketika Umno sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya ke-12 pada tahun 2008 dahulu.
Sabotaj yang dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri merupakan salah satu dari banyak sebab kenapa ramai calon-calon Umno jatuh tersembam dalam pilihanraya umum itu. Dr Mahathir telah keluar dari Umno di saat Umno memerlukan penyatuan di antara semua ahli-ahli dan pemimpinnya. Continue reading “Najib jangan takut keluar dari Putrajaya”