Kalau sudah uzur, jangan buat kerja berat lagi… berehatlah

– Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 19, 2012

19 MEI – Pilihanraya dijangka sampai bila-bila masa sekarang. Ada yang membuat spekulasi yang ia akan diadakan pada bulan Jun dan ada yang merasakan ia akan diadakan pada bulan Julai. Tidak kurang pula yang merasakan PRU tidak perlu diadakan sekarang kerana tempoh tamatnya penggal ini adalah pada bulan April tahun hadapan. Orang yang boleh menentukan tarikh pilihanraya ini adalah PM Najib sahaja… bukan sesiapa yang lain.

Hanya Najib dirasakan belum lagi mendapat ilham untuk menentukan tarikh itu kerana kali ini bukannya senang untuk membubarkan Parlimen sebelum Najib merasakan sokongan orang ramai terhadap kerajaan belum pulih. Najib sehingga hari ini belum menampakkan keyakinan beliau yang BN sudah kembali pulih dari kegeringannya.

Seperti juga manusia yang dalam kegeringan, ia tidak boleh menentukan bila kah kesihatannya akan kembali pulih kerana orang yang dalam kegeringan hanya mempunyai dua kebarangkaliannya. Pertamanya ia akan pulih atau pun ia mati sahaja. Kenazakkan UMNO sudah begitu lama dan tidak siapa yang bolih menentukan nasib masa depannya.

Itu sebabnya jika seseorang manusia itu dalam kegeringan dalam masa yang lama, ahli keluarganya akan membaca surah yassin untuk memohon kepada yang Maha Esa untuk menentukan nasib si pesakit itu secepat yang mungkin. Doa keluarganya ialah memohon kepada yang Maha Esa untuk memulihkan penyakitnya atau untuk meringankan beban kesakitan si pesakit itu dengan mengambil rohnya kembali ke arash dan mengadap yang Maha Esa itu.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, yang mati itu hanyalah tubuh kita sedangkan roh tetap hidup dan menghadapi Illahi. Kewujudan elemen dosa dan pahala itu ialah kerana roh kita tidak mati. Roh kitalah yang akan menerima bahagia atau celaka apabila tubuh kita telah mati. Jika semasa jasad dan roh masih hidup, segala kerja baik dan buruknya di timbang dan roh itu akan menghadapi segala kemungkinan… samada ke-neraka atau kesyurga.

Pendeknya roh itu hidup selama-salamanya dan menerima nasibnya di alam akhirat bergantung kepada amal dan lakunya semasa hidupnya. Jika baik nasibnya berbahagialah mereka di jannah. Jika sebaliknya maka ke nerakalah untuk membersihkan segala noda dan dosa yang telah mereka lakukan semasa hidup di dunia yang fana’ ini.

Jika dikaitkan dengan UMNO itu sekarang ini, parti itu sedang dalam alam nazak. Tidak tahu lagi nasibnya dalam masa yang terdekat ini, samada akan terus hidup dengan kekurangan mayanya atau mati terus untuk selama-lamanya. Bagi pesakit yang terlalu tenat jika ia kembali baik pulihnya, kesihatannya tidak akan sebaik sebelum melakukan kerja yang memudharatkan mereka sebelumnya.

Tetapi satu hakikat yang kita harus menerimanya, ialah jika penyakit yang dihadapinya itu berlaku semasa umur dan usianya yang tua, yang selalu ditunggu ialah maut. Semasa penghujung hayatnya itu, selalunya penglihatannya akan banyak berkurangan, telinganya akan kurang pendengarannya dan apabila berjalan tidak akan setegap sebelumnya.

Pemikiran mereka pun sudah banyak lemahnya dan kadang-kadang ia tidak lagi berapa mengenali rakan dan kawannya. Perangainya pun berubah banyak dan selalu sahaja bersungut apabila ada perkara yang mereka tidak setuju berlaku dihadapan nya.

Apabila sudah terlalu tua mereka selalu sahaja menyalahkan orang lain dan ramai tidak akan melawannya kerana menghormati mereka sebagai orang tua. Itulah sebabnya jika orang tua marah-marah, ramai akan hanya mendengarnya kerana menghormati usianya tetapi jarang-jarang diikuti oleh mereka yang mendengarnya.

Bagi mereka yang masih sihat mereka akan mengambil jalan mereka sendirian dan melakukan perkara-perkara yang wajar bagi mereka kerana mereka masih sihat dan akan melakukan perkara-perkara yang boleh menjamin masa depan mereka.

Itulah sebabnya apabila seseorang itu sudah tua, mereka akan membuat persediaan untuk bersara. Jika mereka yang bekerja itu bersara semasa usianya dalam lingkungan lima puluhan, dan memberikan tanggungjawab kepada orang lain maka UMNO pun begitu jugalah keadaan nampaknya.

Usia UMNO dan BN sudah melebihi jangkauan itu maka memang tepat masanya bagi parti itu yang sudah terlalu uzur. Orang ramai sudah sedar BN ini memang sudah sampai usia tuanya kerana semua ‘attribute’ orang tua itu memang banyak nampak ada pada BN dan UMNO itu.

Penglihatannya pun sudah berkurangan, telinganya sudah tidak mampu mendengar keluhan dan kemahuan rakyat lagi dan ia berjalan pun sudah ‘pencang-pencung’. Oleh kerana sudah pekak, mereka bila bercakap pun bernada tinggi kerana mereka sangka orang sekelilingnya pun pekak dan tidak mendengar kata-katanya. Tubuh badannya pun tidak terurus lagi dan memang sifat orang tua yang mereka akan menjadi bertambah degil dalam usia tuanya.

Kadang-kadang jatuh dalam bilik air dan banyak yang jatuh itu akhirnya akan membawa maut kepada mereka. UMNO pun begitu. Elok berehat sahaja kerana parti itu cepat sangat menjadi tua. PAS dan DAP pun tua juga tetapi masih sihat… itulah perbezaan diantara dua puak. Satu puak cepat menjadi tua tetapi satu puak yang lain masih sihat dan segar bugar.

Kata setengah pengamal perubatan, tubuh akan cepat sakit dan tua kalau terlalu banyak sangat ‘makan’. Kalau tamak sangat makan, maka tubuh badan kita akan cepat dihinggapi penyakit, dan selalunya penyakit yang menghinggapi kita itu merupakan penyakit-penyakit ‘terminal’ yang tidak dapat diubati lagi. PAS dan DAP lambat datang tuanya kerana mereka makan mengikut peraturan dan cara pemakanan yang baik.

UMNO cepat tua dan berpenyakit kerana bila makan mereka makan terlalu pelahab. Belum habis ditelan, yang ada dalam mulut sudah sumbat lagi suapan yang lain. Bukan kah kita tahu semua penyakit bermula dari perut? Kerana terlalu banyak ‘makan’, inilah akibatnya.

UMNO patut berehat sahaja. Jangan buat kerja-kerja berat lagi. Wang ringgit yang menggunung yang terkumpul itu belanjakanlah untuk membeli ubat dan merawati penyakit-penyakit itu. Makanlah sayur-sayuran lebih, sebab selama ini terlalu banyak sangat makan daging yang lazat-lazat.

Asyik makan tak ada hentinya. – aspanaliasnet.blogspot.com

4 Replies to “Kalau sudah uzur, jangan buat kerja berat lagi… berehatlah”

  1. To me its actually very simple about the next GE, its not about what is wrong with PR or Anwar etc or which party is better, race or religion etc. Its simply about spring cleaning our govt. The evidence is very clear that UMNO-Perkasa/BN has too much garbage that need to be thrown out. We need accounting of the last 50 years with so many messes and obviously still going on.

    There is NOTHING much that can be done until the facts are known and it won’t be known until we put PR in power.

    PR already proven in 5 states, they can’t do worst than BN. In fact they have proven given enough resources, they will do better.

    So there really is no risk. The only people that should not want PR in power is simply those that don’t want to know – those that benefit insidiously from UMNO-Perkasa/BN – there is not many – not even most bumis in this country..

    It simply make sense to just clean out the clutter in the house after a long time. Except if you have skeletons in the closets you don’t want anyone to know..

Leave a Reply