— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 18, 2012
18 MEI — Slogan-slogan politik bercambah-cambah dan slogan-slogan itu bertukar apabila bertukar kepimpinan sehinggakan kita sudah kenyang dengan slogan-slogan itu. Slogan selalunya diperkenalkan oleh seseorang pemimpin itu untuk membezakan “brand” kepimpinan masing-masing. Selalunya ia akan diwar-warkan yang dibawah pimpinannya keadaan itu berbeza dari keadaan yang lazim dialami rakyat dizaman kepimpinan sebelumnya.
Berslogan mula bercambah sejak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sahaja. Apabila Mahathir mengambil alih rakyat telah cuba di dakyahkan sebagai zaman yang amat berbeza dengan pimpinan sebelum beliau. Gandingan beliau dengan Musa Hitam digambarkan sebagai pimpinan yang sangat berbeza dengan kepimpinan sebelumnya kerana bermula dari beliau zaman itu bermulalah zaman kepimpinan negara diterajui oleh orang biasa. Maka pimpinan itu telah dipanggil sebagai kepimpinan 2M (Mahathir-Musa)
Pimpinan 2M terbengkalai dengan perletakkan jawatan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Februari 1986. Perletakkan jawatan Musa telah akhirnya membawa kepada pertandingan besar dalam Umno pada tahun berikutnya 1987 diantara TR/Musa dan Mahathir /Ghaffar.
Apabila Mahathir mula-mula mengambil alih, maka terciptalah slogan “Bersih, cekap dan amanah”. Tetapi slogan ini hanya tinggal slogan kerana semasa itu tidak ada yang bersihnya, tidak ada kecekapan dan jauh sekali untuk melihat amanahnya. Zaman ini lah bermulanya rasuah yang begitu hebat dan budaya itu terus diwarisi oleh kepimpinan Pak Lah dan pimpinan DS Najib sekarang ini. Continue reading “Umno berslogan, Pakatan Rakyat melaksanakannya”