— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 14, 2012
14 MEI — Saya mencadangkan supaya Umno mengadakan perhimpunan seperti yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei yang lepas sekali lagi. Pada perhimpunan Umno di Bukit Jalil baru-baru ini seramai 100,000 orang telah dapat dihimpunkan oleh Najib Razak untuk menunjukkan sokongan ramai terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Saya kira Umno perlu melakukannya sekali lagi dan himpunkan seramai dua juta manusia untuk menyamai “equation” himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri oleh 300,000 orang pada 28 April yang lalu.
Lain-lain perkataan hanya himpunan dua juta rakyat sahaja boleh menyamai kekuatan 300,000 kehadiran dalam himpunan Bersih itu untuk mendapat “legitimacy” sokongan rakyat. DAN dalam perhimpunan itu nanti bawa bersama rakyat dari kaum-kaum lain untuk menyatakan yang Umno serta BN iu mendapat sokongan rakyat berbilang kaum.
Setakat 100,000 orang yang mampu dihimpunkan oleh Umno itu sangat tidak seimbang dengan belanja dan kemudahan yang diberikan oleh Umno kepada siapa yang datang untuk berhimpun di Stadium Bukit Jalil itu. Seperti biasa Umno akan memberikan “5-T” untuk menghimpunkan orang ramai. Continue reading “Umno patut berhimpun sekali lagi”