— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 11, 2012
11 MEI — Hari ini, pada tahun 1946, Umno ditubuhkan dengan presiden pertamanya Datuk Onn Jaafar untuk menyatukan semua persatuan-persatuan dan pertubuhan yang mempunyai matlamat yang satu, iaitu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu untuk menyambung usaha-usaha pejuang kemerdekaan sebelumnya. Parti Umno wujud diatas penyatuan pertubuhan-pertubuhan yang bercambah semasa itu dan penubuhan Umno ini merupakan lonjakkan kepada kekuatan rakyat Malaya khususnya orang Melayu untuk membuat persediaan bagi mencapai kemerdekaan negara dari pentadbiran penjajahan Inggeris.
Di rengkaskan sejarah, Umno wujud diatas kesedaran yang negara tidak lagi dapat menahan keinginan untuk menerima penjajahan Inggeris dan kesedaran untuk bersatu ini dirasakan lebih mendesak apabila Inggeris cuba untuk mewujudkan negara “unitary” di Semenanjung Malaya ini dan di tadbir oleh Malayan Union (MU) dengan pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur.
Dengan penubuhan Umno itu, maka cita-cita Inggeris untuk menjadikan negara ini sebagai negara “unitary” telah dapat dipatahkan dan digantikan dengan sebuah negara Persekutuan dengan Perjanjian Persekutuan pada 2hb Februari 1948 yang lalu. Maka penubuhan negara Persekutuan ini adalah hasil dari kerja keras dan perjuangan Umno bersama dengan Raja-Raja Melayu yang telah berunding tidak berhenti-henti dengan pihak British sehingga wujudnya sebuah negara Persekutuan.
Maka negeri-negeri yang masing-masing mempunyai pentadbiran mereka sendiri dibawah naungan Raja-Raja mereka telah bersatu dibawah satu negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kesemua negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu telah bersatu dibawah satu Persekutuan dan negeri-negri ini di sertai sekali oleh dua buah negeri Straits Settlement, Melaka dan P. Pinang, untuk bersama dalam negara Persekutuan yang baru diwujudkan itu. Continue reading “Hari ini dalam sejarah Umno”