— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 27, 2012
27 APRIL — Tuntutan Bersih 3.0 merupakan satu “extension” kepada tuntutan yang dibuat dalam Bersih 2.0. Negara memerlukan undian daripada rakyat siapa yang sepatutnya diberikan mandat apabila habis tempoh penggal pilihanraya, sekurang-kurangnya selepas tiga tahun atau sebelum tamat tempoh lima tahun.
Tuntutan yang dilakukan oleh rakyat melalui Bersih 3.0 ini merupakan tuntutan yang adil dan munasabah dan sepatutnya tidak menjadi halangan untuk dilakukan oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara dan kaedah pilihanraya diadakan.
Daripada lapan tuntutan yang diminta oleh rakyat itu saya hanya ingin menyentuh hanya satu daripada kesemua tuntutan itu, iaitu “accessibility” yang “equitable” untuk semua parti yang bertanding dan menawarkan cadangan-cadangan jika diberi kepercayaan oleh rakyat.
Mendapat liputan yang saksama daripada media arus perdana itu merupakan perkara yang paling asas di dalam sesebuah demokrasi kerana melalui media itulah pihak-pihak yang menawarkan diri untuk mendapat kepercayaan rakyat itu dapat dilakukan. Continue reading “Pemimpin Pakatan juga berhak mendapat liputan”