— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 15, 2012
15 APRIL — Merasakan diri sendiri itu sebagai hebat dan “invincible” itu merupakan kesilapan yang susah hendak diperbaiki oleh seseorang yag mempunyai sifat itu. Jika mereka yang jenis ini menjadi pemimpin mereka akan dianggap sebagai pemimpin sombong dan selalunya pemimpin seperti ini akan memandang rendah orang lain dengan begitu mudah. Hasilnya akan timbullah masalah kepimpinan (leadership crisis) yang tidak sepatutnya berlaku.
Krisis ini sememangnya boleh diatasi hanya dengan menjadi pemimpin yang merendah diri. Saya tidak dapat mencari sebab kenapa seseorang itu apabila menjadi pemimpin dia menjadi sombong dan tidak mahu merendahkan diri dihadapan rakyat pimpinannya. Orang lain semuanya bodoh dan dia sahaja yang betul dan benar.
Di negeri saya, Negri Sembilan, ada pemimpin besar yang tidak mahu merendah diri kerana pangkatnya besar dan wang ringgitnya banyak, walhal “it doesn’t cost him even 10 cents to be humble”.
Beliau ini merasakan dirinya itu datang dari syurga (paradise). Jika ada yang tidak bersetuju dengannya dia akan menjawab dengan sombong, “ah, dio tu bukan boleh mendalamkan air pun”. Semua orang lain tidak boleh mendalamkan air. Ramai juga yang datang memberitahu saya yang beliau menganggap saya sebagai pemimpin nyamuk sahaja.
Saya tahu saya bukannya seorang pemimpin, tetapi saya tahu untuk menilai siapa yang boleh memimpin. Saya tahu saya bukan seorang yang pandai tetapi saya pandai menyelam air dalam tunggak.
Saya tahu saya ini bukan orang kaya tetapi miskin, tetapi saya tidak fakir dari segi pemikiran. Tetapi saya tetap bersabar melihat dan mendengar telatahnya yang pada saya menjadi penyumbang kepada kejatuhan parti yang dipimpinnya.
Saya tidak sepatutnya menjadi bahan ejekannya kerana yang patut ditumpukan ialah untuk menautkan kembali Umno yang berpecah belah dibawah kepimpinannya. Saya bukan lagi berada di dalam parti pimpinannya dan kekurangan kredibiliti kepimpinannya merupakan salah satu sebab yang banyak kenapa saya tidak mahu berada didalam jemaah yang haru biru itu.
Walaupun saya bukan pemimpin seperti beliau, tetapi ramai diantara ahli-ahli parti yang dipimpinnya itu datang menemui saya acapkali dan mereka tidak segan silu mengkritik beliau. Namun saya tetap berdiam kerana masih ada rasa pertalian persahabatan dengannya walaupun saya tidak berada lagi di dalam parti pimpinannya.
Kadangkala terasa juga sakitnya apabila orang mengkritik beliau, kerana maklumlah saya bukan mengenali beliau dari jauh tetapi mengenali beliau dari dekat… sedekat dekatnya. Saya tidak pernah menyusahkan beliau secara peribadi sejak beliau menjadi Ketua Eksekutif dinegeri adat kami itu. Saya tetap sedaya upaya untuk membezakan diantara politik dengan perhubungan peribadi. Saya berharap beliau juga bersikap begitu memandangkan beliau adalah seorang “social climber” yang berjaya.
Saya mengambil keputusan untuk menulis sedikit tentang isu ini kerana saya telah dihujani oleh banyak pertanyaan dari orang Umno yang datang menemui saya. Mereka bertanya samada benar atau tidak yang saya pernah berpesan kepada beliau melalui pemandunya yang saya meminta beliau menjaga kereta MB itu baik-baik kerana selepas pilihanraya nanti saya akan mengambil alih tugas beliau.
Kenapa beliau memilih untuk berbohong kepada orang ramai di belakang saya? Saya tidak pernah berkata begitu dan saya tidak pernah mengenali pemandu beliau. Saya pun tidak pernah pergi berjumpa dengan beliau sejak beliau menjadi MB.
Lagi pun bila pula saya beritahu beliau yang saya bercita-cita untuk mengambil alih jawatan beliau? Kali terakhir saya berjumpa setelah bertahun-tahun ialah semasa beliau datang kerumah kami di kampung kerana menziarahi jenazah cucu saudara saya yang meninggal, kalau tidak silap saya lima bulan yang lepas.
Saya kecewa mendengarnya kerana beliau cuba memesongkan pandangan orang ramai terhadap saya dan fitnah ini datang dari seorang sahabat yang pernah menjadi teman minum di warung-warung sebelum beliau menjadi orang besar yang bergelar dan bernama itu.
Untuk makluman beliau, saya masih lagi minum di warung-warung tempat beliau minum dengan saya dahulu. Di situ sahaja tempat yang saya masih mampu untuk membasahkan tekak saya.
Akhirnya melalui blog kecil saya ini saya memohon kepada YAB itu supaya menjadi lebih dewasa sedikit. Saya bukan orangnya yang mampu menggugat beliau. Saya hanya seorang pejuang jembel sahaja dalam politik di NS itu.
Saya tidak ada nama dan tidak ada gelaran besar-besar untuk membuatkan beliau hilang akal untuk bercakap bohong terhadap diri saya yang begitu kecil dan kerdil ini. Politik itu politik juga, tetapi jangan biarkan politik itu menjadikan diri kita seperti kanak-kanak yang masih merah kulitnya.
Kapada beliau saya sedar yang saya hanyalah seorang pemimpin nyamuk seperti yang beliau anggap terhadap saya itu. DAN saya juga memang tidak boleh mendalamkan air. Saya mengaku itu semua, tetapi jangan buat cerita bohong terhadap diri saya.
Let’s be adults, YAB.
Salam. — aspanaliasnet.blogspot.com
Setelah dilantik sebagai pemimpin perkara yg pertama dilakukan ialah hitamkan cermin kereta. Tu cara umno!
Before men elected you to be so great, it is God who has already planned this destiny for you. Malaysia is a religious country officially. But proudness and pride are inborn. It is not only the rich and famous who are proud. Even the poor and unknown people can be proud because that is their defence mechanism. Regardless of whether you are rich or poor, your very existence means that you are here on this Earth for a purpose. If there is no purpose, it will be another person created in place of you. And if you do not believe in any religion, you would not like to know your existence means nothing.