— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 05, 2012
5 MAC — Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk bercakap tentang kesilapan dan kesalahan Barisan Nasional (BN) yang lampau. Katanya apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk memandang kehadapan dan lupakan masalah lampau.
Beliau memberikan komen ini sebagai reaksi kepada permohonan maaf Najib Razak yang dibuatnya di Alor Setar dua hari yang lepas. Tindakan Najib berpatah sikap itu mendapat banyak reaksi ramai dan menjadi bahan perbualan disetiap tempat kita pergi. Di setengah tempat ianya menjadi bahan jenaka rakyat.
Seperti Najib, kata-kata Muhyiddn itu mempunyai satu ciri yang sama; iaitu mengakui yang BN telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan yang datang dari masalah kelemahan kepimpinan BN selama masa mereka membuat salah dan silap itu. Muhyiddin tidak mahu mengingati cerita lama yang telah membuatkan BN hampir tersungkur dihadapan mata rakyat. Continue reading “Lupakan masalah masa lampau, kata Muhyiddin”