— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 28, 2012
28 MAC — Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) banyak rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu.
Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu. Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui emel dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya.
Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama Umno. Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir lima dekad lamanya.
Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk “survival” nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini. Continue reading “Umno akan terus gagal memperjuangkan Melayu”