— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 21, 2012
21 MAC — Isu Melayu tetap menjadi bahan kempen Umno dan Barisan Nasional semasa kita sedang menanti tarikh muktamad pilihanraya yang akan datang. PRU boleh jadi hampir atau mungkin lambat lagi. Mungkin Najib Razak menangguhkan PRU ke13 ini sampai akhir penggal pada bulan Mac 2013. Terpulang kepada beliau untuk menentukannya.
Yang saya hendak sebut hanya tentang isu yang dimainkan oleh Umno dan BN sekarang ini dan isu yang paling jelas ialah isu keselamatan dan masa depan orang Melayu. Isu ini digunakan setiap kali pilihanraya di adakan. Ia semata-mata untuk menakutkan orang Melayu untuk meninggalkan Umno dan memberikan sokongan ke pihak lain. Ia menunjukan kegagalan Umno untuk memberikan penyelesaian terhadap isu Melayu ini.
Sejak mencapai kemerdekaan ini sahajalah isu yang dimainkan. Ia merupakan lagu lama yang sudah jarang didengar. Lagu ini kita dengar bermusim sahaja, iaitu semasa pilihanraya diadakan. Ianya adalah seperti lagu lama nyanyian Momok Latif dan anak muda sekarang ini sudah tidak suka mendengarnya lagi. Continue reading “Sejak Merdeka isu Melayu berkumandang, Melayu tidak ke mana juga”