— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 08, 2012
8 MAC — Selangor menjadi negeri idaman BN khususnya Umno. Setiap malam dan siang negeri Selangor menjadi bahan umpatan dan kritikan BN yang menggunakan TV3 mencaci dan menghina kepimpinan Selangor. Ini memang tidak menjadi kehairanan kerana Umno dan BN sedar yang Selangor merupakan negeri yang terkaya dinegara ini
Kekayaan negeri Selangor itu lah yang menyebabkan Umno tidak kering peluh mencari jalan dan berusaha untuk merampas kembali negeri ini. Memang sifat pemimpin Umno begitu. Dimana ada wang disitu mereka menyerang, seolah-olah kita hidup dizaman lampau; di mana negeri yang kaya, negeri itu akan diperangi mereka untuk mendapatkan harta rampasan jika menang peperangan itu.
Barulah tiga empat tahun ini rakyat Selangor hendak merasakan pentadbiran yang baik dan transperan, rasuah yang minima dan kecurian wang dan harta rakyat yang berbillion oleh pimpinan BN dahulu. Rakyat Selangor baru sahaja hendak merasakan situasi dalam mana Menteri Besarnya tidak membina rumah yang berharga RM25 juta walaupun MB semasa itu hanya dari keluarga yang biasa. Continue reading “Hambat penagih tegar rasuah mendekati perbendaharaan negeri Selangor”