Bina kilang Lynas di Australia sahajalah

By Aspan Alias | February 27, 2012
The Malaysian Insider

27 FEB — Kerajaan patut membatalkan niat untuk meneruskan pembangunan pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corp, di Gebeng, Kuantan. Pemberhentian kerja pembinaan ini sepatutnya menjadi isu yang paling besar yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Ini merupakan fokus rakyat dan secara keseluruhannya rakyat mahukan kilang pemprosesan nadir bumi di tutup serta merta.

Kerajaan patut merasakan denyut jantung rakyat dan tidak boleh mengambil ringan terhadap isu ini semata-mata kerana kepentingan beberapa orang yang berpengaruh di negara ini atau di Pahang khususnya.

Biarlah berpuluh billion pun pendapatan yang di katakan akan diperolehi oleh negara, tolaklah operasi kilang pemprosesan nadir bumi ini. Carilah jalan atau perniagaan yang lain untuk dibina di Pahang ini bagi membangunkan negeri itu. Biarlah pembangunan sesebuah negeri itu tidak di cemari dengan bahaya pencemaran yang sangat merbahaya ini.

Nadir bumi yang dibawa masuk dari Australia ini membawa banyak persoalan yang mudah mendapat jawapannya. Kita tidak tahu apa sebenarnya penyebab yang kerajaan berkeras untuk meneruskan usaha pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi ini. Apabila nadir bumi dibawa masuk ke negara ini, sedangkan Australia yang mempunyai negara yang sangat besar itu mempunyai 2/3 keluasan bumi mereka yang tidak boleh didiami itu tidak mahu membina kilang pemprosesan nadir buminya sendiri.

Kalau Australia yang mengeluarkan nadir bumi itu tidak sanggup untuk membina kilang pemprosesan itu, kenapa negara kita yang sekecil ini sanggup menerima “export” barangan merbahaya ini ke negara kita?

Jika Lynas Australia mengatakan yang kilang itu selamat dan tidak akan mengeluarkan radiasi diudara kita, kenapa mereka mahukan dan berkeras untuk membinanya di Kuantan? Kenapa sanggup berbelanja berbillion-billion ringgit untuk mengeksportnya ke Kuantan dan menyebabkan rakyat kita keluh resah dengan kehadiran kilang ini di Gebeng?

Saya difahamkan yang tidak ada sebuah negara Afrika pun yang sanggup menerima nadir bumi dari Australia ini kerana mereka tahu dalam jangkamasa panjang ia akan merbahayakan kehidupan rakyat mereka. Dalam ratusan buah negara yang berkerajaan di dunia ini tidak ada negara yang mahukan kilang pemprosesan nadir bumi ini di bawa masuk ke negara mereka.

Kenapa pula kita yang bersedia menerimanya? Banyak pendapat yang saya dengar kenapa kerajaan kita sanggup menerima dan membina kilang pemprosesannya di sini. Diantaranya ada pihak yang telah menerima wang besar untuk memudahkan Lynas membina kilang ini.

Kalau ini sebabnya maka ia lagi satu bukti yang rasuah itu boleh menjadikan pemimpin kita hilang pertimbangan dan akan melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral asalkan sahaja mendapat wang yang berkepul-kepul. Sekarang ini kita masih beruntung kerana ada pihak yang sedar dan insaf dan memberikan kesanggupan untuk mengadakan “rally” membantah pembinanaan kilang itu.

Ia menunjukkan aspirasi rakyat yang sebenarnya dan jika kilang ini masih juga di teruskan maka rakyatlah yang akan membuat perhitungan kali ini. Rakyat sedar mereka adalah dari gulungan bawahan dan tidak ada mana-mana lagi negara tempat mereka berlindung. Tidak seperti mereka yang telah menerima wang brkepul-kepul tadi, mereka boleh mencari negara dan tempat lain untuk hidup senang lenang pada masa-masa yang akan datang.

Kita berharap pemimpin-pemimpin yang berkuasa supaya berkorbanlah kali ini untuk rakyat. Jika ada yang telah menerima wang sogokan, pulangkanlah balik kepada empunyanya dan hentikanlah kilang ini. Janganlah berniaga di atas perasaan rakyat. Hormatilah pandangan rakyat kali ini. Kalau selama ini tidak ada perasaan terhadap keresahan rakyat, kali ini belajar-belajarlah untuk berbuat baik kepada rakyat yang sedang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi ini.

Hormatilah semangat demokrasi kita. Hentikanlah sikap angkuh dan sombong itu sehinggakan tidak mempedulikan perasaan rakyat khususnya disekitar kilang serta daerah-daerah yang bersekitaran kilang ini.

Pergi tanya kepada mereka di Australia itu, jika benar kilang ini selamat kenapa tidak bina sahaja di negara mereka yang luas itu, yang siap dengan padang pasir yang hampir memakan keluasan 50 peratus dari keluasan negara itu? Kenapa pilih Gebeng? kenapa pilih Malaysia? Mentang-mentanglah di negara ini senang untuk berunding asalkan ada “fulus” janganlah ambil kesempatan di atas kelemahan pemimpin kami di sini.

Himpunan Hijau yang diadakan semalam di Kuantan itu merupakan kemuncak dari rungutan rakyat yang tidak diberikan perhatian oleh pemimpin dan parti yang memerintah. Sekalung tahniah kepada YB Fuziah Salleh, ahli parlimen Kuantan yang telah tidak berhenti-henti memperjuangkan nasib masa depan rakyat Kuantan dan sekitarnya sejak tindakan Lynas ini membina kilang pemprosesan nadir bumi ini diluluskan oleh kerajaan ini.

Semoga YB mendapat hidayah dan sentiasa berada didalam perlindungan Tuhan Maha Esa. YB mesti faham, diakhir zaman ini amat payah untuk memperjuangkan kebaikan. Laluilah kesusahan ini dengan tenang. Hanya kesabaran sahaja yang akan membuahkan kejayaan untuk mempastikan keselesaan dan kesihatan rakyat dan generasi yang akan datang tidak dikorbankan oleh gulungan kapitalis yang tidak berperikemanusiaan ini.

Jika rakyat tidak mahu generasi kita menghadapi risiko yang amat merbahaya ini, hanya satu jalan sahaja untuk mempastikan kilang pemprosesan nadir bumi ini dihentikan, iaitu dengan menolak parti yang menganjurkan projek ini pada pilihanraya yang akan datang. — aspanaliasnet.blogspot.com

14 Replies to “Bina kilang Lynas di Australia sahajalah”

  1. Effects of Radiation Exposure on Human Health

    Although a dose of just 25 rems causes some detectable changes in blood, doses to near 100 rems usually have no immediate harmful effects. Doses above 100 rems cause the first signs of radiation sickness including nausea, vomiting,
    headache and loss of white blood cells.

    Doses of 300 rems or more cause temporary hair loss, but also more significant internal harm, including damage to nerve cells and the cells that line the digestive tract. Severe loss of white blood cells, which are the body’s main defense against infection, makes radiation victims highly vulnerable to disease. Radiation also reduces production of blood platelets, which aid blood clotting, so victims of radiation sickness are also vulnerable to hemorrhaging.

    Half of all people exposed to 450 rems die, and doses of 800 rems or more are always fatal. Besides the symptoms mentioned above, these people also suffer from fever and diarrhea. As of yet, there is no effective treatment–so death occurs within two to fourteen days.

    In time, for survivors, diseases such as leukemia (cancer of the blood), lung cancer, thyroid cancer, breast cancer, and cancers of other organs can appear due to the radiation received.

  2. Some UMNOputras must have gained some millions lah. That is why they allowed this to be built so fast even before proper approval.

    Look at the rare earth site in China (after operating for sometime), causing severe pollution and cancer to local people: http://www.youtube.com/watch?v=ARiNa5QHtvI

    That one in Pahang just a beginning.

    The only way to restructure the cabinet is to vote them out and replaced by more capable, caring and egficient and clean federal government.

    If they, BeEnd, wanted to act, they would have acted long ago.

  3. Lynas could never get environment clearance in Australia. In Bolehland, they found a government so desperate to announce FDI that everything Lynas asked for, Lynas got. 12 years pioneer status, when the norm is for 10 years. Clearance to begin construction ahead of the EIA. Assurances that all supporting infrastructure is available.

    I think the clincher must be the terms agreed with MITI and MIDA – compensation way out of the norm by the government to Lynas in the event the project is terminated by the government. That’s why Lynas approaches the deal with indecent haste – they know they are going to get back multiples of what they put in on a worst case basis.

    Of course this government could not have any evidence of the compensation formula exposed for all to see.

  4. Actually umno’s determination to bulldoze ahead with the lynas plant and the jln sultan acquisition is a clear indication of jib’s bodily flaccidity and mental incapacity to move ahead in the best interest of the nation – in the manner expected of a leader.

    It is also an indication of umno’s extreme greed – which must be satisfied at all costs, including the possible widespread human cost in the form of man-made calamity.

    It is also an indication of umnoputras’ waning lack of confidence in the coming GE13. So while umno is still in control – while the party is on-going – lets orgy.

    And the outcome: After GE13 umno will surely leave behind a whole load of mess for the ppl to sort out. Worse, umno also made sure that the ppl would have no funds and no money to carry out the task of sorting out the mess.

    Hardtimes ahead. But that is the only way ahead.

    “ABU”

  5. When PR wins the 13 GE, all umnoputras especially Mamaktiu will be rounded up, given a shovel each, and ordered to clear up the radioactive in Bukit Merah. After that, they will be demoted to the rank of cowherds whereby they are to look after the 8,000 cows of the NFC.

  6. Why they can just allow this kind of dangerous plant in Malaysia. Look at Japan a developed nation, but still the nuclear plant has caused them lots of problem. The effect is long term, but the cronies are enjoying with the money and we the people are suffering for the many years to come. A very simple question, why AUSTRALIA does not allow to build the factory there and asked to build here? because Australia also worry of the risk of the waste, the toxic will affect their land. What is our leaders thinking? I feel that our land has been jeopardised by all this greedy people. DOnt talk about loving the country, the act of harming and destroying it already proof that they only love money. Why we cannot venture and improve in agriculture, which is long term is a profitable business. Why we cannot boast our tourism also will bring us a good money. We do not need LYNAS, it will destroy our land. PLease take it back to Australia!

  7. Why is UMNO so adamant and desperate about Lynas until they have to hire thugs and samsengs to beat up protestors, journalists, and chief minister? Obviously UMNO is getting huge kickbacks from Lynas to start their operations in Malaysia. The Australian public don’t want Lynas because of health hazards, neither do Malaysians! Only UMNO wants Lynas because they can line their pockets. Vote UMNO and BN out in the coming GE for the sake of current and next generations of Malaysians. We have enough of UMNO corruption, greed, crimes and mismanagement of the country!

Leave a Reply