– Oleh Fairuz Azhan
Roketkini
22 February 2012
Apabila orang Melayu dilihat mendekati atau pun menyertai DAP, antara komen-komen yang biasa didengar adalah, “Apalah sertai DAP, kalau ya pun mahu sertai pembangkang, masuklah PAS atau PKR.”
Secara peribadi komen seperti ini sudah beberapa kali saya dengar secara peribadi daripada kalangan rakan-rakan, saudara-mara dan juga bekas-bekas pensyarah saya. Seolah-olah tanggapan orang ramai adalah DAP sebuah parti untuk orang bukan Melayu sahaja dan jika orang Melayu ingin turut serta dalam perjuangan DAP ia bagaikan sesuatu yang amat pelik seperti makhluk asing mendarat di bumi.
Memang tidak dinafikan bahawa orang Melayu sememangnya minoriti dalam DAP, sebagaimana kaum bukan Melayu minoriti PKR dan hampir tiada bukan Melayu dalam PAS.
Tetapi yang lebih teruk lagi, UMNO hanya membenarkan orang Melayu menyertainya, walau pun ada ramai keturunan India semakin menguasai parti itu. Begitu juga MCA dan MIC yang masing-masing hanya membolehkan kaum Cina dan India sahaja bersama mereka.
Kita harus bertanya dan mengkaji mengapa andaian yang bersifat kaum (tidak semestinya perkauman) ini terjadi apabila Melayu bersama dengan DAP. Continue reading “DAP milik siapa?”