Berikan kepercayaan kepada rakyat, bukan sebaliknya!

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Feb 08, 2012

8 FEB — Nampak nya, bila PM Najib menyeru kaum India mempercayai nya, dia sudah lupa kepada slogan dia sendiri. Suatu ketika dahulu, semasa berkobar kobar semangat liberalism dan terlalu taksub untuk meyakinkan dunia barat, PM Najib telah berkata bahawa zaman dimana pemerintah lebih tahu segala nya sudah berakhir. The age of government knows best is over. Translated, it also means, the age of big brotherism is over.

Tapi kita tahu, PM Najib kadang-kadang tidak tahu apa yang sudah diucapkan. Maklum sahajalah, sebahagian besar ucapan mengenai dasar-dasar negara, di sediakan oleh con-sultans. Slogan itu sedap di dengar, tapi perlaksanaan nya tidak ada.

Dan baru-baru ini, kita dengar PM Najib berkata perbelanjaan keatas kebajikan rakyat akan memufliskan negara. Adakah bantuan kepada rakyat yang susah, bayaran melalui jabatan kebajikan masyarakat misalnya, akan memiskinkan negara? Kenyataan ini amat sukar di terima memandangkan dalam masa 10 tahun (2000-2009) sebanyak satu trillion atau 1,000 billion telah hilang dari negara akibat pemindahan wang ke luar negara secara haram! Bayangkan jika jumlah tersebut di aplikasikan kepada kebajikan masyarakat! Maka yang sebetulnya membengkrapkan negara ini ialah rasuah dan pemindahan wang secara haram.

Pemindahan wang secara haram ini seperti nama nya, ialah pemindahan wang yang di perolehi secara rasuah atau haram kedalam akaun pemilik nya di luar negara. Tentu ada cara nya, kerajaan yang jujur mahu mendapatkan wang ini.

Slogan zaman kerajaan tahu segala nya sudah berakhir ketika di ucapkan menimbulkan perasaan gembira di kalangan rakyat. Apakah ertinya slogan itu bila di terjemah dengan jujur? Apabila di terjemah, slogan itu bermaksud, segala inisiatif bermula dari rakyat bukan dari pemimpin. Ertinya, PM Najib mahu memindahkan kuasa kepada rakyat. Tetapi itu semua untuk menyedapkan telinga.

Dari dulu, sekarang dan selama nya, Umno tidak akan memindahkan kuasa kepada rakyat. Kepada Umno, rakyat bukan nya tahu apa mereka mahu. Kerajaan lah yang super tahu. Sebab itu PM Najib kata percaya sama saya. Lu tolong gua, gua tolong lu. Beri saya nambikei, tembikai atau apa pun- maksud sebenar yang mahu Najib katakan ialah, kerajaan tahu segala nya. Itu sebab, caya sama gua.

Tapi, bila PM Najib berkata percaya pada saya, he has got it in reverse. Yang patut di sampaikan kepada PM Najib ialah, percayalah kepada rakyat, bukan sebaliknya. Jadi kita ulang — PM Najib, percayalah kepada rakyat. Kita tahu apa yang mesti di lakukan.

Tidak pula kita dengar PM Najib kata percaya kepada Umno. Dia hanya sebut percaya pada saya. Mungkinkah Presiden Umno pun tidak percaya kepada parti nya sendiri. Malang nya, inilah yang terjadi kepada Umno. Ia sebuah parti yang tidak di percayai dan tidak boleh di percayai.

Bagaimana rakyat mahu percaya kepada Umno jika Umno sendiri tidak yakin kepada rakyat? Bagaimana orang Melayu mahu yakin kepada Umno jika Umno tidak mempercayai orang Melayu? Cuba kita tanya — kepada siapakah Umno mempertaruhkan masa depan nya? Kepada orang Melayu atau kepada ahli parti yang seramai tiga juta itu?

Umno sebetulnya tidak mewakili orang Melayu. Yang di wakili oleh Umno ialah orang Melayu terpilih dan Melayu yang berkepentingan. Malahan, orang Melayu yang berada di luar Umno tidak di anggap Melayu oleh Umno. Siapakah Umno yang merasakan diri nya, berhak mendefinisikan siapa Melayu dan tidak Melayu? Bahkan, jika mahu di kira, ramai orang Melayu yang menyifatkan Najib Razak dan Hishamudin Hussein Onn tidak cukup Melayu. Mereka Melayu, tapi quotient Melayu mereka kurang.

Jangan lah kita percaya sangat apabila PM Najib berkata dia insaf dan merasakan apa yang RAKYAT rasakan. Najib mula jadi Melayu bila dia menggantikan Tun Razak sebagai ahli parlimen Pekan dalam tahun 1976.

Lihatlah kepada Umno wahai bangsa Melayu. Umno adalah parti yang mempertaruhkan masa depan nya kepada majority ahli nya yang berjumlah tiga juta itu. itu pun kesetiaan tiga juta ahli nya di perolehi melalui ugutan dan rasuah dan bentuk-bentuk pujukan yang lain. Umno di dominasi oleh golongan tender-preneur bukan oleh penyokong yang meyakini perjuangan Umno.

Parti yang menaruhkan masa depan nya diatas sogokan dan ugutan dan bukan diatas perjuangan untuk satu SERUAN, tidak akan bertahan lama. Umno ada jasad tetapi tidak ada roh. Ini ancaman terbesar kepada Umno.

Orang Melayu tidak ada masa depan dengan parti politik macam Umno hari ini. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

12 Replies to “Berikan kepercayaan kepada rakyat, bukan sebaliknya!”

  1. WRITE more in BM – MAKE SURE your articles r widely circulated among rural folks
    Ezi only – all PR (DAP, PAS, PKR) branches in rural areas fotocopy articles written in BM by the author n others, n then distribute them 2 as many rural folks as possible
    EDUCATE rural voters b4 d next GE, ABU man

  2. THIS is actually very very intelligent. A proper and efficient system FREE people to do what they want, what they are best able to do and hold them responsible – true freedom. So he is right, the greater the trust of the masses to do the right thing, the better the system and higher the value..

  3. Pandangan AK47 tentang wang 1trillion yg dikeluarkan dari negara kita secara haram tu penting sekali. Sekiranya jumlah itu dibahagikan kepada setiap warganegara, maka wang yg boleh didapati setiap orang (bayi, muda, tua, orang kurang upaya dan semua yg lain termasuk orang kaya dan umnoputra) ialah 35,700 ringgit. Ini bermakna setiap keluarga berahli lima akan dapat jumlah sebesar 178,000 ringgit. Apa yang umno beri cuma 500 ringgit. Itu pun untuk orang miskin saja. Setahu saya, menurut laporan suratkhabar, terdapat sebanyak 40% orang miskin di negara ini. Kalau wang 1trillion itu di bahagikan kepada orang miskin sahaja maka setiap keluarga miskin akan dapat 446,000 ringgit.

    Ikan yu besar ditelan mereka semua yg berada dlm umno dan yg memang sudah kaya. Ikan bilis dibahagikan kepada rakyat miskin. Ini dia makna sebenar kasi gua u punya nambikei.

  4. What he said is correct. Malays being majority have greatest benefit if in unity and cooperation with other races the country’s resources are put to good use instead of the other dire scenario where they are squandered/frittered going the way to bankruptcy like in Nigeria caused by rampant political corruption and an ubiquitous patronage rent seeking culture perpetrated under the banner of affirmative NEP & pretext of safeguarding their majority interests, advertised by “Lu tolong gua, gua tolong lu” exchange: in such a case all, esp majority race, will be impoverished and suffer. (PEMANDU estimated RM10 billion lost to corruption each year is but an estimate!)

  5. “….an under-estimate” rather!

    “Lu tolong gua, gua tolong lu” is “I scratch your back and you mine”, a philosophy spelling national disaster if it is a mode of exchange leading to even voters being “bribed” to give blind support without considerations of what is right and wrong with national interests and public welfare at heart.

  6. It is so obvious that the modus operandi is one for me one for you in a merry-go-round until the gravy train comes to a standstill. By then all of them would have migrated to Timbuktu for holidays woth permanent PR in the Western World, a place the Super-Ego propagated as a sinful place but is willing to have all his children migrating over there well the rest will just follow. Remember he is still the REAL CHIEF SITTING BULL; having kicked out all the thinking Bumis and placed them under the shell. The only thing that he didnot foresee is the Facebook and Twitters which the thinking BUMIs have used witha vengence. Yes, the message should be sent out in Bahasa and let the poor rural people know the truth which is hidden on only one defence; taking care of the Malay people while preventing them from asking relevant questions about all the billions delivered by Petronas, FELDA etc which ended up in Sub-gate, Corvette-Gate, FZ-gate, Cow&bull-gate; which turn into privately multi-million condos [for real in Singapore and all the locations that the ordinary Malays can not even dare to dream!

  7. You can’t be serious! Hanya satu cara untuk memberi kerpercayan kepada rakyat iaitu kita semua Anarchist. Seterus itu hapuskan sistem Kapistalima yang sedang memusnahkan dunia dan manusia. Habislah UMNO!

Leave a Reply