— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Feb 08, 2012
8 FEB — Nampak nya, bila PM Najib menyeru kaum India mempercayai nya, dia sudah lupa kepada slogan dia sendiri. Suatu ketika dahulu, semasa berkobar kobar semangat liberalism dan terlalu taksub untuk meyakinkan dunia barat, PM Najib telah berkata bahawa zaman dimana pemerintah lebih tahu segala nya sudah berakhir. The age of government knows best is over. Translated, it also means, the age of big brotherism is over.
Tapi kita tahu, PM Najib kadang-kadang tidak tahu apa yang sudah diucapkan. Maklum sahajalah, sebahagian besar ucapan mengenai dasar-dasar negara, di sediakan oleh con-sultans. Slogan itu sedap di dengar, tapi perlaksanaan nya tidak ada.
Dan baru-baru ini, kita dengar PM Najib berkata perbelanjaan keatas kebajikan rakyat akan memufliskan negara. Adakah bantuan kepada rakyat yang susah, bayaran melalui jabatan kebajikan masyarakat misalnya, akan memiskinkan negara? Kenyataan ini amat sukar di terima memandangkan dalam masa 10 tahun (2000-2009) sebanyak satu trillion atau 1,000 billion telah hilang dari negara akibat pemindahan wang ke luar negara secara haram! Bayangkan jika jumlah tersebut di aplikasikan kepada kebajikan masyarakat! Maka yang sebetulnya membengkrapkan negara ini ialah rasuah dan pemindahan wang secara haram. Continue reading “Berikan kepercayaan kepada rakyat, bukan sebaliknya!”