— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jan 17, 2012
17 JAN — Kali ini saya hanya menulis “article” yang pendek sahaja. Saya telah mendapat reaksi yang banyak kerana tindakan saya menukar wadah dalam arena politik. Perlu difahami bahawa saya tidak bergiat dalam politik melebihi satu dekad dan saya pada awalnya tidak mahu lagi terlibat dalam hal ini. Saya merasakan banyak yang tidak kena dengan perjalanan dan arah tuju politik Melayu, khususnya Umno, dan mengambil tindakan mendiamkan diri adalah satu tindakan yang “natural” bagi sesiapa yang menghadapi perasaan dan masalah seperti saya ini.
Saya hanya mengambil tahu hal keadaan politik dari rumah sahaja sambil-sambil menengok-nengokkan cucu saya yang kian waktu makin membesar dan bertambah bilangannya itu. Saya mengambil langkah untuk menulis sedikit sebanyak dalam blog kecil saya ini untuk mengasah otak saya supaya tidak menjadi tumpul. Tetapi dalam waktu pencarian ini saya nampak keadaan sudah terlalu menekan untuk saya kembali dan bergiat, setidak-tidaknya untuk memberikan sumbangan sedikit sebanyak kepada pandangan masyarakat yang dahagakan perubahan.
Tindakan saya menyertai DAP ini dilakukan setelah berfikir dengan mendalam dan mencari penyesuaian dan keserasian dengan perjuangan parti ini. Setelah saya menyertainya, saya telah mendapat puluhan atau ratusan sokongan melalui e-mail saya setiap hari, kecuali beberapa orang yang menentang kemasukan saya dalam DAP. Yang lain yang ramai-ramai itu telah memberikan saya galakan dan ramai (Melayu) yang telah menunjukkan sokongan yang begitu kuat terhadap tindakan saya itu. Continue reading “Sokongan mengusik jiwa”