Pengisytiharaan harta

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jan 21, 2012

21 JAN — Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu. Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram.

Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.

Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan Pulau Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat “public scrutiny” seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Meneterri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan Umno, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.

Maka stigma Umno itu adalah kumpulan perasuah semakin diyakini oleh orang ramai dan sebaliknya keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu bertambah utuh dan kuat. Di sini kita boleh lihat yang Umno tidak berdaya untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sahsiah dan kejujuran mereka.

Hanya satu suara dari Kabinet Negara yang menyambut pengisytiharan harta ini dengan baik, iaitu Ismail Sabri Yaacob. Secara peribadi saya juga pernah mendengar yang menteri ini tidak pandai mencari duit luar dari jawatannya. Jika Ismail mahu bersama untuk membersihkan negara dari rasuah yang keterlaluan ini, saya berharap Ismail bersama PR kali ini.

Tetapi Nazri bolehlah mengisytiharkan harta beliau kepada Perdana Menteri. Kita tahu jika itu dilakukan oleh Nazri, maka Perdana Menteri hanya akan dapat membandingkan harta yang Nazri kumpulkan dengan harta yang PM sendiri kumpulkan.

Selepas itu elok Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada Nazri pula. Nanti Nazri dan Najib sama-sama tahu jumlah harta yang mereka masing-masing kumpulkan. — aspanaliasnet.blogspot.com

7 Replies to “Pengisytiharaan harta”

  1. ///Sydney Morning Herald columnist Andrew Horney calls Rosmah the ‘first lady of shopping’ after allegedly spending RM300,000.///–Malaysiakini

    Nazri suggested that ministers should submit their declarations of wealth to the Prime Minister. Surely the Prime Minister is not above the law of corruption, and he too should submit his declaration, but to the parliament. Nazri said that it would be dangerous for the ministers to declare their wealth. That may be because these ministers do not have round the clock protection which their level of affluence demanded, and it was dangerous to be known as filthy rich. The Prime Minister has full round the clock protection and so the knowledge of his wealth would not add to to the risks he faces as PM. He should therefore announce his assets.

    The report above stated that Najib’s wife spent RM 300,000 in Sydney on one visit. That was Najib’s one-year salary. One wonders whether Najib’s wife has other sources of income to enable her to spend the way she did. If she spends Najib’s income, would Najib become unusually poor?

    Does Mrs Najib receive fees for negotiation and consultation? Should not the Prime Minister report also income received by his wife?

  2. Roughly, 1 horse year = 3 human years. If the UMNO/ BN horse is 54 years old, then in human years term it is 165 years old !!!!

    We should be surprised that this horse is still alive and kicking. It should be dead and made into glue already.

    Must be the special food and gravy it has been eating all these years that is keeping it alive, just like that 86 years old Mahahorse.

    Any one for horse games?

  3. The refusal to declare CLEARLY shows that most Ministers retired as Millionaires if not billionaires! What Nazri said is truth, upon retirement, those former crony partners may decide to kidnap them knowing their real value. This never-ending greed will come home to roost on their families. Of course that to them is another matter of the future. This is the REAL reason why we were indoctrinated to dislike what the little DOT in the south is doing. It has given Malaysians the basis for comparison: that is about it. Why Gomen projects give economic returns while ours are all written off.

  4. Pengisytiharan harta merupakan syarat utama untuk melayakkan seseorang penjawat awam diperakukan untuk kenaikan pangkat. Ia perlulah dalam tempoh tidak melebihi lima tahun kebelakang dari tahun permohonan kenaikan pangkat tersebut dibuat.

    The fact that some people do not want to declare their assets speak volumes….

    I wonder whether those people pay income tax when people with a fraction of their incomes are paying….

  5. Friday, January 20th, 2012 17:33:00

    KUALA LUMPUR: A woman pleaded not guilty at the Magistrate’s Court today to a charge of stealing make-up accesories from a shopping complex, two weeks ago.

    Mazni Mahmud, 20, who has acted in several television dramas, was charged with stealing three compact powder boxes, lip gloss and other items worth RM246.40 at the Sri Petaling Carrefour Hypermarket here at 9.30pm on Jan 7, 2012.

    She was charged under Section 380 of the Penal Code which carries a sentence of up to 10 years’ imprisonment or fine.

    Magistrate Mohd Azali Ibrahim fixed Feb 22 for mention and granted Mazni bail at RM700 in one surety.
    :
    :
    10 years jail for stealing RM246.40

    How many years for the mamak cowgal for stealing RM250,000,000 ?

  6. They have been working hard, saving and paying their fair share of tax for years to build their wealth. Disclosing their wealth will cause people to be jeoulous of their ” achievements “.

Leave a Reply