— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jan 21, 2012
21 JAN — Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu. Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram.
Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.
Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan Pulau Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya. Continue reading “Pengisytiharaan harta”