by Amin Iskander
The Malaysian Insider
Jan 20, 2012
20 JAN — Pada ketika Umno masih belum selesai dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperbesarkan isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali dan memanipulasi isu pengambilan portfolio agama Islam oleh MB Selangor, dalam diam DAP memperkukuhkan partinya.
Hari ini Umno dikejutkan lagi dengan berita penyertaan Hata Wahari, bekas wartawan Utusan Malaysia dan mantan Presiden NUJ kedalam parti tersebut.
Sebelum ini dua orang blogger, Aspan Alias dan Datuk Mohd Arif Sabri — juga veteran Umno —menyertai parti yang digambarkan oleh Utusan Malaysia sebagai “chauvinis Cina”.
Ironinya, Hata Wahari memilih untuk menyertai DAP walaupun majikan lamanya, Utusan Malaysia paling kuat menghentam parti yang menguasai Pulau Pinang itu.
Apakah yang bakal dikatakan oleh lidah pengarang Utusan Malaysia untuk menjawab penyertaan Hata Wahari ke dalam DAP?
Apatah lagi pada ketika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang baru sahaja memenangi saman fitnah terhadap Utusan Malaysia. Utusan Malaysia di-ibarat “sudahlah jatuh ditimpa tangga pula”.
Dikala ramai yang menyangka Hata Wahari akan menyertai PKR, mantan Presiden NUJ itu mengejutkan ramai pihak. Hata mungkin nampak perubahan besar yang telah berlaku dalam “mindset” DAP. Continue reading “Dalam diam DAP melakukan transformasi”