— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Jan 03, 2012
3 JAN — Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula2 di keluarkan oleh The Malaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya TMI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today. Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan.
Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan Umno, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip2 tertentu? Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal- seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip2.
Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada Umno. Continue reading “Hutang Umno pada budi orang Melayu”