— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Jan 31, 2012
31 JAN — Kawan kawan saya dalam Umno bercakap mengenai rasa cemas bila kerajaan yang di pimpin oleh Umno menabur wang begitu banyak kepada rakyat. Bayaran RM100, RM200, dan sekarang ini RM500 sedang rancak di jalankan. Tapi apa yang hendak di risaukan? Bukankah ini hasil pejuangan Umno dan bukti Umno dan BN amat perihatin kepada rakyat?
Mereka bertanya kepada saya, bayaran2 ini, adakah ianya meningkatkan peluang Umno dan kerajaan BN menang? Saya cakap sudah tentu ia meningkat peluang- peluang untuk rakyat merasa sakit hati. Bila rakyat sakit hati, bertambah ramailah musuh2 Umno.
Hah? Macam mana itu berlaku? Saya menyatakan bahawa dalam hal beri memberi ini, Umno selalu menghadapi masaalah. Siapa yang menentukan siapa dapat RM100, RM200 dan RM500? Selalunya yang menentukan ialah ketua kampung.
Ketua kampung punya keutamaan ialah menyenaraikan adik beradik, saudara-saudara terdekat, dan geng-geng yang sebulu dengan mereka. Golongan yang terpinggir ramai daripada yang dapat imbuhan. Ini memang resam sesetangah ketua kampong. Semasa saya jadi ADUN dahulu, saya mempunyai masaalah dengan ketua-ketua kampung yang seperti inilah juga — yang jadi pagar yang memakan padi.
Kalau buka kawasan pembesaran kampung, lot-lot tanah di sapu mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau ada rumah rakyat, rumah PPRT, sanak saudara di dahulukan. Bahkan lot-lot tanah di beri kepada suku-sakat mereka yang tidak pun tinggal dalam kawasan pemberian tanah.
Apabila saham Felcra di beri oleh kerajaan, yang sepatutnya di beri kepada kepala keluarga, pemimpin kampung mendesak di beri kepada anggota isi rumah. Kalau keluarganya ada lima orang, mereka mahu saham Felcra di beri kepada ke lima-lima ahli keluarganya. Apa akan jadi bila perkara seperti ini di biarkan? Ianya bermakna lima ketua keluarga yang lain di nafikan peluang untuk dapat saham Felcra.
Nah, sekarang perkara yang serupa berlaku apabila pentadbiran Najib Razak membayar wang kepada rakyat. Ramai orang menerima wang tersebut tapi bilangan yang di nafikan hak untuk menikmati rezeki dari Najib Razak juga kian bertambah. Continue reading “Umno parti rasuah”