— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Dec 06, 2011
6 DIS — Perhimpunan Agong Umno yang baru selesai ini menampakkan kepada kita segala niat dan matlamat Umno serta pimpinannya yang sebenar. Bermula dari ucapan Timbalan Presidenya semasa perhimpunan 3 sayap parti pada selasa lepas membawa kepada ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agong Umno sehinggalah kepada ucapan penangguhan persidangan pada sabtu yang lepas semuanya penampilan parti yang “desperate dan panicky”.
Seperti biasa agenda Melayu menjadi isu yang terbesar seperti perhimpunan-perhimpunan sejak Umno mula berkecai selama lebih dua dekad yang lalu. Isu agenda Melayu ini pada saya hanyalah merupakan umpan yang ampuh untuk memerangkap orang Melayu untuk dipergunakan bagi pemimpin-pemimpin parti yang sentiasa lapar kepada kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang memberi mandat itu.
Isu agenda Melayu ini memang isu yang tidak pernah tertinggal dalam Perhimpunan Agong Umno atau dalam mana-mana convention parti dan selalunya pemimpin terutamanya Najib akan mengeluarkan dari mulutnya segala istilah-istilah serta acronym acronym yang hebat-hebat tanpa memahami apa yang beliau katakan. Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan sebutan seperti menyebut nama cucu oleh seorang atuk, tetapi semua orang tahu dan merasakan yang setakat ini tidak ada satu pun lagi PTE yang sedang berjaya dilaksanakan. Continue reading “PR mesti ingat: ‘The darkest part of the night is just before dawn’”