PR mesti ingat: ‘The darkest part of the night is just before dawn’

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Dec 06, 2011

6 DIS — Perhimpunan Agong Umno yang baru selesai ini menampakkan kepada kita segala niat dan matlamat Umno serta pimpinannya yang sebenar. Bermula dari ucapan Timbalan Presidenya semasa perhimpunan 3 sayap parti pada selasa lepas membawa kepada ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agong Umno sehinggalah kepada ucapan penangguhan persidangan pada sabtu yang lepas semuanya penampilan parti yang “desperate dan panicky”.

Seperti biasa agenda Melayu menjadi isu yang terbesar seperti perhimpunan-perhimpunan sejak Umno mula berkecai selama lebih dua dekad yang lalu. Isu agenda Melayu ini pada saya hanyalah merupakan umpan yang ampuh untuk memerangkap orang Melayu untuk dipergunakan bagi pemimpin-pemimpin parti yang sentiasa lapar kepada kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang memberi mandat itu.

Isu agenda Melayu ini memang isu yang tidak pernah tertinggal dalam Perhimpunan Agong Umno atau dalam mana-mana convention parti dan selalunya pemimpin terutamanya Najib akan mengeluarkan dari mulutnya segala istilah-istilah serta acronym acronym yang hebat-hebat tanpa memahami apa yang beliau katakan. Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan sebutan seperti menyebut nama cucu oleh seorang atuk, tetapi semua orang tahu dan merasakan yang setakat ini tidak ada satu pun lagi PTE yang sedang berjaya dilaksanakan.

Orang Melayu masih lagi terkial-kial dalam bidang ekonomi dan orang Melayu hanya dilekakan dengan wang bantuan sekolah sebanyak RM100 bagi setiap murid sekolah. Pegawai kerajaan hanya mendapat bonus RM500 dan jumlah increment yang di naikkan dalam angka yang tidak berapa ringgit sahaja. Jumlah ini dibayar untuk mendapat undi dan kuasa yang pasti akan di salah gunakan akhirnya.

Perwakilan yang datang dari seluruh negara di hiburkan hanya dengan lawak jenaka pengerusi tetap dan tepukan gemuruh perwakilan untuk menghiburkan pemimpin besar mereka. Pemimpin besar pun rasa terhibur dan terus mengumumkan yang Umno sudah pulih kerana perwakilan berjaya menghiburkan pimpinan di atas pentas perdana dalam PWTC.

Isu lembu pun terus senyap sedangkan ia merupakan isu yang membuktikan bagaimana keluarga seorang pemimpin dan ahli jemaah menteri menggunakan pengaruhnya untuk kerajaan memberikan pinjaman mudah beratus juta ringgit untuk di selewengkan dan bukannya untuk membina bidang pertanian untuk kebaikkan negara. Isu lembu ini telah selesai dengan Shahrizat menyinsing lengan sahaja. Shahrizat tidak payah menyinsing kain, cukup dengan menyinsing lengan… semuanya jadi beres. Percayalah Shahrizat akan tetap turun sebagai “winnable candidate” dalam pilihanraya yang akan datang.

Yang anehnya pemimpin yang begitu berpelajaran pun terpengaruh dengan budaya yang menlengkelkan ini. Kita tengok sahajalah KJ (Khairy Jamaludin) beriya-iya benar untuk berdebat dengan semua pihak bagi mempertahankan salah laku Shahrizat ini. Itulah sebabnya saya selalu menyatakan yang Umno bukannya bekerja kuat untuk mencari dan menaikkan kecerdasan pemimpin malah pemimpin yang cerdas pun sudah terbukti tidak berdaya untuk berfikir apabila bergiat aktif dalam Umno.

Saya mempunyai sedikit “soft spot” terhadap KJ ini kerana saya mempunyai sedikit harapan terhadap pemimpin muda ini. Tetapi dengan kenyataan-kenyataan beliau akhir-akhir ini KJ juga sudah terperangkap dengan budaya buruk yang ada di dalam parti yang semakin hari semakin lumpuh ini. Kalau begitulah pendirian KJ maka beliau tidak lebih dan tidak kurang adalah setaraf dengan kemampuan berfikir seperti pemimpin-pemimpin yang bernama Noh Omar, Shahrizat dan ramai yang lain di kalangan menteri-menteri kabinet.

Harapan ramai untuk KJ membawa sedikit kelainan kepada parti Umno ini merupakan harapan yang kosong, ibarat bermimpi di siang hari sahaja. Siapa pun; Khairy dan siapa sahaja dalam pimpinan Umno itu sama sahaja. Khairy jelas sudah lemas dengan “culture” Umno yang membebankan negara itu.

Di dalam Umno pemikiran yang tajam pun akan menjadi tumpul. Itulah keadaan sebenarnya yang ada di dalam parti tajaan Dr Mahathir ini. Sebenarnya parti ini hanyalah satu parti sebagai jambatan untuk Dr Mahathir menyeberang sungai besar yang berombak suatu ketika dahulu.

Dalam perhimpunan itu fokus hanyalah terhadap selaran yang bukan-bukan terhadap seteru mereka. Bermacam-macam fitnah di hamburkan oleh pemimpin besar terutamanya Muhyiddin Yassin yang menuduh sebuah parti yang halal berjuang untuk menggugurkan kedaulatan Raja Melayu dan menubuhkan sebuah negara republik. Tuduhan yang di lakukan oleh Muhyiddin ini sesungguhnya ke anak-anakan. Muhyiddin hilang punca dan berkelakuan tidak semacam pemimpin. Cakap gah tentang agenda Melayu tidak pun dibincangkan dalam perhimpunan itu.

Ada pemimpin mencadangkan supaya semua wakil rakyat menanda tangani surat “aku-janji” untuk mempastikan mereka tidak mensabotaj parti. Apa semuanya ini. Apa ada pada janji bagi BN khusunya Umno. Perjanjian yang begitu jitu dan kuat pun Umno tidak mahu menghormatinya apa sangatlah dengan perjanjian politik seperti anjuran Mukhriz itu.

Perjanjian “vestine deeds” di antara Petronas dan rakyat Kelantan pada bulan Mei 1975 dahulu pun tidak dihormati, bagaimana ahli-ahli Umno hendak menghormati “aku-janji” itu. Yang jelas cadangan-cadangan seperti ini timbul kerana rasa kurang keyakinan terhadap ahli parti sendiri. Jika pimpinan Umno mempunyai masalah dengan kejujuran ahli-ahli parti sendiri kenapa sibuk-sibuk sangat untuk mengambil tahu parti orang lain? Sepatutnya perhimpunan agong itu memberikan fokus untuk memperbaiki parti sendiri, bukan untuk membidas parti lain dengan fitnah yang hina.

Saya mendapat reaksi orang ramai dan kebanyakkannya merupakan reaksi negatif terhadap Perhimpunan Agong Umno. Kepada parti-parti pembangkang saya hanya mempunyai pandangan yang rengkas. Jangan tunjukkan reaksi yang kuat terhadap apa yang berlaku di dalam perhimpunan agong Umno itu. Semua yang berlaku dalam Umno itu semuanya adalah “self defeating” bagi parti itu. Jika pembangkang mahu dan serius untuk menjadi alternatif kepada Umno dan BN kejayaan sudah menghampiri PR.

Apa yang PR perlu lakukan ialah menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi dan berada dalam sepenuh kesabaran. Jawablah tuduhan BN itu dengan kata-kata yang baik sejajar dengan kehendak pihak yang akan mengambil alih kerajaan. PR mesti jauhi dari meniru gelojoh BN dengan berkata tanpa menggunakan fikiran yang stabil. Tohmahan Utusan serta media letronik perdana jangan di risaukan kerana rakyat tahu membezakan pihak yang mana satu yang memfitnah dan difitnah.

Harus kita ingat mana-mana pihak yang merasakan akan kehilangan kuasa akan bertindak seperti apa yang dilakukan oleh Umno dalam perhimpunan agong mereka itu. Itu fenomena biasa bagi parti-parti yang sudah hampir cukup usianya.

Anggaplah semuanya ini sebagai cabaran yang perlu dilalui oleh pihak yang sedang hampir dengan mandat rakyat itu. Walaupun PR menghadapi segala ancaman yang kuat dari pihak yang berkuasa PR mesti bersabar. PR akan menghadapi rintangan yang lebih getir selepas ini.

Ingat kepada kata-kata perbilangan, “The darkest part of the night is just before dawn”. Ingat perbilangan itu dan bersabar. Jangan bertindak tanpa berfikir. Jayakan usaha membetulkan negara ini dengan semangat demokrasi yang tulin.

Jika BN bertindak kasar dan celupar, biarkan, kerana itu memang budaya mereka. Kita mesti faham, apa lagi yang mereka nak katakan dalam keadaan sekarang selain dari melakukan “slander” terhadap pihak lawan.

Maki hamun mereka itu tidak akan mencederakan sesiapa. Ia akan hanya mencederakan mereka sendiri. Angaplah mereka itu sebagai pihak yang sudah hilang punca kerana orang yang hilang punca selalunya akan bercakap tidak tentu hala. Jika pihak Umno memaki keterlaluan saya cadangkan untuk beristighfar banyak-banyak dan serahkan kepada yang esa segala-galanya. Percayalah, rakyat sedang memerhatikan kita semua. DAN ramai telah pun membuat keputusan kepada siapa mandat yang mereka hendak berikan.

Ingatlah, sesiapa yang angkuh dengan kuasa pinjaman, kuasa itu akan hilang dari mereka. Itu kenyataan yang hakiki. — aspanaliasnet.blogspot.com

7 Replies to “PR mesti ingat: ‘The darkest part of the night is just before dawn’”

  1. The longest day…will be 13th GE…for all Malaysians.
    Day after…millions will rejoice…with few thousands packing to run away.
    It will be like a carnival….all night long celebrating…that Malaysians are finally free from a corrupted government.
    If that somehow does not happen…than God is telling us..something that we need to learn and understand.
    If that happens…than millions of prayers are answered.
    Lets see…the darkest night and the longest day….are in harmonious motions…or battling each other….with no peace.

  2. off-topic but most intriguing–

    http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4016&Itemid=178

    testimony indicated that the samples taken from Saiful were kept unguarded in a police office for 43 hours without refrigeration before they were turned over to the laboratory for analysis. Chemists testified that as many as 10 different DNA samples had been found in Saiful’s rear, making the whole analysis process suspect.

    With 10 different DNA samples that had been found in his rear, it is clear that we have a kikolo who has been selling his bunghole

  3. Honestly while the combined milleage of NFC and unhappinesss over Isa Samad and Felda listing is considerable, PR should not underestimate the need of other issues. The truth is UMNO/BN has gotten more sophisticated with their corruption and abuse and so to attack them, require even more arsenal.

    Take the drop in expected export and GDP – even the some kampung folks know that what it means is predictable more profligate spending by UMNO/BN to prop up their regime that will bankrupt the country. What is needed is to explain that such profligate spending is the starting point of inflation that they will have to pay for eventually. They may not have taken an undergraduate course in economics but they have seen how inflation keep rising. Link the coming slowdown to eventual inflation and more spending will make them mad taking away a major tool of Najib and his ‘buy-election’ strategy..

  4. “Apa yang PR perlu lakukan ialah menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi dan berada dalam sepenuh kesabaran.”

    Unfortunately, we are still having a bunch of impatient PKR members, and an ex BTN official in PAS.
    Can we not clean up this group first? The last time they win because the people voted for change.
    This time we vote for change, with winnable candidate. No more ‘frogs’.

Leave a Reply