— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Nov 29, 2011
29 NOV — Anggota Umno diminta tidak mendabik dada dengan kejayaan parti mendaftarkan 3.4 juta anggota setakat ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, jumlah sebesar itu belum menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. “(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu ke-7 anjuran Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, di sini hari ini. Beliau berkata setakat ini kira-kira tiga juta anggota Umno adalah pengundi berdaftar. Justeru katanya, semua anggota Umno perlu berusaha keras meraih sokongan pemilih lain, terutama yang ‘di atas pagar’. “…..kita kena dekati dan tarik pengundi selebihnya untuk menyokong Umno dan BN,” katanya.
Inilah kenyataan yang paling dangkal yang saya dengar dari Ahmad Maslan, ketua penerangan Umno. Nampak sangat dia malas membaca kerana kalau dia membaca dan faham apa yang dibaca, dia tidak mengeluarkan kenyataan yang bingung macam ini. Helo brader, semua orang dah tahu hal ini.
Lihat sahaja keputusan pemilu 2008. Jumlah pengundi Melayu semuanya 5.7 juta. Calun Umno mendapat 2.38 juta undi. Katakan lah 380,000 pengundi tersebut adalah pengundi bukan Melayu. Itu bermakna, dari 5.7 juta pengundi Melayu, calun Umno hanya mendapat 2 juta undi. Jika ahli Umno sahaja sudah ada 3 juta lebih, maka itu bermakna 1 juta lebih ahli Umno tidak mengundi calun Umno sama ada kerana mereka tidak mendaftar diri atau enggan mengundi calun Umno.
Umno tidak lagi boleh mendakwa mereka mewakili suara dan aspirasi bangsa Melayu. Umno dah hilang monopoli.Bolehkah orang Melayu yang merupakan 65 peratus penduduk Malaysia, hilang dominance mereka? Matematik mana Ahmad Maslan pelajari? Continue reading “Ahmad Maslan dan kedangkalannya”