Dr M: Siapa yang mengaku kelemahan diri?

Aspan Alias
The Malaysian Insider
Nov 22, 2011

22 NOV — Semalam hari minggu. Pagi-pagi lagi saya mendapat panggilan talipon dan beberapa SMS dari rakan-rakan dari jauh dan dekat bertanyakan saya samada saya membaca wawancara Utusan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bro dah baca ke interview Dr Mahathir dalam Utusan?”

Saya jawab, “Saya tak langgan Utusan sudah 10 tahun, nanti saya baca Utusan online lah!”

Saya terus sahaja membaca setiap ulasan Dr M dalam Utusan itu dan saya tidak berapa hairan kerana saya sendiri telah menyebut segala-gala yang di sebut oleh Dr Mahathir dalam wawancara beliau itu. Bezanya Dr Mahathir seorang tokoh besar sedangkan saya hanya seorang biasa yang melata di tepian politik negara.

Pada keseluruhannya Dr Mahathir bersetuju dengan pandangan ramai yang Umno dan pemerhatian yang Umno sekarang adalah parti yang lemah dan tidak pandai untuk menjadi parti pemerintah. Pendeknya Umno sudah tidak serupa Umno lagi.

Umno berpecah di setiap peringkat dari cawangan ke pusat dan tidak berkepimpinan. Umno tidak lagi berdaya menjawab persoalan yang di timbulkan oleh orang ramai melalui parti-parti politik pembangkang serta NGO dan ini amat menyulitkan Umno untuk terus relevan sebagai parti yang memerintah negara.

Saya tidak akan menulis secara detail apa yang di sebutkan oleh Dr Mahathir di dalam wawancara beliau itu tetapi cukup kalau saya rumuskan sahaja secara pendek dan “concise” tentang apa yang beliau rungutkan terhadap Umno itu.

Dr Mahathir tidak berselindung untuk mengatakan yang Umno pada hari ini sangat lemah dan tidak berkemampuan untuk memulihkan imejnya yang jatuh teruk selepas pilihanraya umum yang lalu. Bekas Perdana Menteri itu berkata yang Umno tidak mampu untuk menolak anggapan dan persepsi yang parti itu adalah parti yang sarat dengan rasuah samada di peringkat parti dan kerajaan.

Stigma rasuah yang melekat kepada Umno itu tidak dapat di buangkan oleh pemimpin serta ahli-ahli parti. Umno tidak mampu untuk menjawab tuduhan dari banyak pihak, parti politik atau pun NGO yang parti itu adalah parti yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa.

Dengan jelas Dr Mahathir membayangkan yang Datuk Seri Najib Razak tidak berusaha dengan secukupnya kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain dan segala kelemahan yang ada kepada Umno yang di benci rakyat belum lagi nampak usaha yang berkesan telah di lakukan oleh Najib.

Umno, katanya akan menghadapi masalah besar di dalam pilihanraya yang akan datang dan jika Umno serta BN menang tipis ia akan menjadi satu kerajaan yang lemah dan tidak efektif. Perpecahan di setiap level parti kita begitu jelas kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon dan dengan keadaan in jelas membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin Umno hanya lebih mementingkan kepentingan peribadi masing-masing.

Walaubagaimanapun elok saudara membaca dengan teliti apa yang di ungkapkan oleh Dr Mahathir dan pada pendapat saya apa yang di nyatakan oleh Dr M itu semuanya benar. Dr Mahathir telah menyalahkan semua orang terutamanya mengumpulkan semua kesalahan kepada Tun Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin kerana kelemahan Umno itu.

Tetapi apa yang Mahathir terlupa untuk menyebut ialah Abdullah Badawi itu adalah lantikan beliau dan beliaulah yang memnyebabkan Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri yang beliau anggap sebagai lemah itu.

Dr Mahathir telah berjaya menaik dan menurunkan sesiapa dalam negara ini. Itu kehebatan Dr Mahathir. Tetapi ramai termasuk diri saya hairan kenapa beliau tidak berhenti-henti menyalahkan Pak Lah sedang orang yang beliau persalahkan itu adalah pilihan beliau dan beliau tidak mampu atau pun mahu untuk menyekat Pak Lah untuk naik ke taraf Perdana Menteri.

Jika si jembel seperti saya dari awal lagi menelah dan menjangka yang Pak Lah akan membawa negara tidur nyenyak kenapa Dr Mahathir masih mahukan Abdullah Badawi untuk mengambil alih tempat beliau?

Sebenarnya Dr Mahathirlah penyebabnya kenapa Umno pada akhir pemerintahannya sudah tidak ada pemimpin lagi. Dr Mahathir telah mengenepikan nama-nama besar di dalam Umno secara sistematik untuk beliau tegak seorang di dalam parti. Mahathir takut di bayangi oleh pemimpin-pemimpin yang sezaman dengannya dan beliau telah melakukan segala-galanya untuk kekal berkuasa.

Apa yang Mahathir terlupa untuk menyatakan dengan jelas dan berani ialah di mana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin begitu lama akan akhirnya membawa durjana kepada negara itu. Yugoslavia telah berpecah kepada lima apabila Presiden Tito mati setelah memerintah selama 3 dekad. Begitu juga yang berlaku di Romania dan banyak lagi. Ruthopia telah kering kontang politiknya apabia Helle Salasie mati.

Di negara kita Dr Mahathir memerintah 22 tahun melalui berbagai cara untuk terus berkuasa termasuk mematikan partinya sendiri. Mentadbir secara kuku besi yang sangat halus dan telah menyingkirkan semua pemimpin sezamannya untuk berkuasa seorang diri dengan di sokong oleh pengampunya sahaja. Setelah 22 tahun beliau merasakan yang tekanan terhadap beliau semakin bertambah supaya keluar dari Putrajaya.

Dalam pada beliau berkuasa bersendirian beliau tidak membentuk kepimpinan lapisan malahan beliau lebih seronok untuk melihat pangganti beliau itu lebih lemah dari beliau. Beliaulah yang meninggalkan jawatan tanpa mewarisi kepimpinan gantian dan satu fakta yang mesti di terima ialah selepas beliau negara tidak akan lagi mempunyai kepimpinan yang baik.

Kalau beliau begitu marah dan membenci Pak Lah kerana Pak Lah seorang yang lemah beliau patut berkata kepada diri beliau sendiri yang ini adalah kesalahan beliau kerana meletakan Pak Lah sebagai penggantinya. Siapa sahaja yang mengganti beliau adalah pemimpin yang lemah dan siapa juga yang akan menggantikan pemimpin lemah itu akan merupakan pemimpin yang lagi lemah.

Dulu di katakan Pak Lah yang terlemah tetapi sekarang sudah menjadi pengakuan ramai pengganti Pak Lah lebih lemah. Pengganti Pak Lah ini tidak mungkin mampu mengawal negara kerana untuk mengawal ahli keluarganya pun tidak berdaya bagaimana beliau nak mengawal negara. Jika dulu Pak Lah dikatakan ada menantunya yang mempunyai pengaruh besar pemimpin pengganti Pak Lah mempunyai “soul-mate” beliau yang lebih berpengaruh dari pengaruh Khairy kepada Pak Lah.

Hakikatnya satu. Selepas Perdana Menteri Mahathir ketua eksekutif atau Perdana Menteri selepasnya adalah yang lemah. Jika Umno masih diberi mandat, percayalah yang akan menggantikan Najib akan lebih lemah lagi dan begitulah seterusnya sehingga negara kita hancur lebur. Itulah sebabnya tindakan ahli-ahli Umno meninggalkan parti tiu adalah perkara biasa. Kalau tidak secara terangan mereka meninggalkan parti di dalam peti undi dengan memangkah pembangkang.

Tindakan ramai yang bijak pandai menyertai PAS dan DAP dan meninggalkan Umno itu adalah benar tetapi ianya sudah bermula sejak zaman Dr Mahathir sendiri menjadi PM. Bezanya tindakan bijak pandai menyertai parti-parti alternatif itu baru bermula dan belum begitu jelas semasa itu. Dr Mahathir hanya bernasib baik kerana berhenti sebelum keadaan itu merebak. Maka yang menjadi mangsanya adalah pemimpin-pemimpin lemah yang beliau bentuk yang menerima padahnya.

Pendeknya apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir di dalam wawancara dengan Utusan itu semuanya benar. Hanya beliau terlupa atau tidak mahu mengaku yang beliaulah yang menyebabkan Umno menjadi lemah selepas beliau…dan bukannya kerana kesalahan Pak Lah.

Mungkin Mahathir terlupa untuk mengatakannya kepada Utusan. Lagi pun takkan lah beliau nak mengaku salah pulak? Bak kata perpatah, siapa yang hendak mengaku berak di tepi jalan? — aspanaliasnet.blogspot.com

4 Replies to “Dr M: Siapa yang mengaku kelemahan diri?”

  1. Ramai berpendapat bahawa masaalah UMNO hari ini bukan semuanya muncul selepas era Mahathir, tetapi kebanyakannya telah wujud pada masa dibawah pemerintahan beliau. Harus memahamkan bahawa 22 years adalah masa tempoh yang sangat panjang bagi seseorang menduduki sebagai PM dalam sesebuah Negara.

    Tidak dapat dinafikan, masaalah pokok dalam parti UMNO is kerasuahan yang menyeluruh, dalam peringkat cawangan, negeri sehingga pucuk pemimpinan. Masaalah kerasuahan ini tidak dapat dikurangkan kerana ia telah wujud selama-lama itu sebagai akar pokok yang besar.

    Mahathir juga seorang pemimpin yang angkuh, pengakuan beliau pada kekurangannya jagalah diharap-harapkan kerana ini mustahil menjadi penyataan sepanjang kehidupan beliau.

    Apa yang anih, ialah bukanlah beliau tidak mengaku kekeurangan beliau tersebut, lebih-lebihan beliau menyalahkan masaalah itu keatas orang-orang yang mengantikan beliau. Itu lah kekurangan beliau yang terbesar.

  2. Dr Mamak tu strongman. Dia tu pakar tektik strongarm. Pegangan dia memang kuat. Sebenarnya terlalu kuat sangat. Hah tu dia pokok segala masalah negara kita sekarang. Satu lagi sebab. Rasuah. Bapa rasuah. Mungkin tidak secara direct tapi memang dialah yang menimbulkan kebudayaan kroni umno serta kroni kerajaan. Ni cukup teruk. OK balik ke isu pegangan kuat. Cubahlah. Pegang kaki sendiri dengan sekuat mungkin. Apa akan terjadi? Menang rasa “numb” sikit kan. Darah tak alir sebabnya. Lebih kuat pegangan lebih “numb” perasaan tu. Lepas tangan dan secara otomatic kaki pasti ditendang sini sana supaya darah alir semula. Kan ini “natural”. Pegangan dr mamak waktu dia PM tu terlalu kuat. Sekarang orang semua pun nak bebas sikit. Biarkan lah dr mamak. Relaklah. Kalau umno runtuh tak apa. Kan negara kita masih ada pakatan. Ada DAP. Lihat je kat Pulau Pinang. Bukan segalanya lancar dan elok dibangunkan? No worries. Have a life.

  3. Mamakthir whose father came from Calicut Kerela destroyed the political career of all capable UMNO leaders so that he could rule like an emperor for 22 years. He knew that he would lose the election if he did not step down in 2003 because Malaysians hated him more than Satan if he stayed on. So he allowed AAB to take over as PM so that he could become the back-seat driver of Malaysian Cabinet. AAB might not be smart, but he was a good crocodile. He pretended to be more stupid than what he actually was and Mamakthir thought that AAB was for him to control.

    AAB showed part of his true colour when he cancelled the railway project two weeks after he sat in the PM room. He cancelled the crooked bridge project a month later.

    AAB should have launched an investigation against Mamakthir as PM. But he was more interested to follow the path developed by Mamakthir to enrich his family with impunity.

    AAB is useless by the fact that he dared not answer Mamakthir’s charges. I would have loved to see AAB behave like a former PM, to sue Mamakthir for insulting him. The elegant silence of AAB only proves that Malaysians were stupid to have been led by a useless person as PM from November 2003 to April 2009.

Leave a Reply