Pengalaman graduan tempatan di negara asing

Wong Tan Kim
The Malaysian Insider
Nov 07, 2011

7 NOV — Sedang saya duduk berehat di sebuah hotel di kota Shenzhen, China teringin saya untuk menulis untuk bacaan The Malaysian Insider akan kehidupan seorang graduan tempatan di negara asing.

Saya dihantar oleh majikan saya di Malaysia untuk bertugas di kota Shenzhen. Setelah beberapa tahun berulang-alik di antara Malaysia (Johor Baru), Singapura, Hong Kong, Shenzhen dan Guangdong, saya dapati ada sesuatu yang tidak betul dengan sistem pelajaran di negara kita.

Saya seorang graduan lepasan UKM dalam tahun 80an. Saya mengikuti sepenuhnya dunia pendidikan saya di dalam Bahasa Malaysia. Saya mengikuti kuliah yang dikendalikan oleh profesor seperti Dr Shamsul Amri Baharuddin, Dr Sanusi Osman, Allahyarham Rustam Sani, Dr Noraini Othman, Dr Ting Chew Peh dan ramai lagi pensyarah yang saya sudah lupa namanya.

Saya seorang bangsa Cina yang tidak boleh membaca tulisan Cina dan menulis tulisan Cina. Saya hanya boleh bertutur Bahasa Mandarin yang ringkas. Dengan latarbelakang yang sedemikian, boleh bayangkan cabaran saya di negara China. Saya melihat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan bukan warga China walaupun nenek-moyang saya berasal dari China.

Saya mengikuti perkembangan semasa negara kita melalui The Malaysian Insider, Malaysiakini dan beberapa akhbar bahasa Inggeris secara “online”.

Ketika ini isu PPSMI hangat diperbahaskan. Golongan nasionalis Melayu tidak dapat duduk senang dengan kelangsungan dasar PPSMI manakala penyokong PPSMI ingin terus diadakan sampai hari kiamat. Tidak ada titik pertemuan yang disenangi oleh semua pihak. Dr Mahathir selaku pelopor PPSMI pula mencadangan referendum untuk menentukan nasib PPSMI. Tidak keterlaluan kalau dikatakan PPSMI secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Bukanlah hasrat saya untuk memperkecilkan kewibawaan BM. BM hanya dapat digunakan di Malaysia sahaja.

Pada hakikatnya, BM tidak pernah digunapakai di dalam arena antarabangsa. Segala urusan hanya diuruskan di dalam Bahasa Inggeris.

Perbincangan, perbualan dengan rakan seperniagaan dan konvensyen hanya dikendalikan di dalam Bahasa Inggeris. Kita berdepan dengan sekumpulan delegasi yang datang dari seluruh dunia. Apakah kita ada pilihan lain jikalau bukan Bahasa Inggeris. Setelah hampir 20 tahun saya meninggalkan UKM, tidak ada satu surat pun yang pernah saya baca ataupun tulis di dalam BM. Adalah sangat sedih apabila saya melihat bila ada usaha untuk mempertingkatkan Bahasa Inggeris, ianya ditentang sebegitu rupa.

Bagaimana kita hendak bersaing di pentas antarabangsa jika rakyat kita tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dan bukan sekadar mendapat P7 diperingkat SPM dan terus ke Tingkatan Enam.

Penutur BM dianggarkan cuma berjumlah 25 juta orang. Ianya tidak akan memberikan sebarang impak ke atas sosio-ekonomi dunia. Oleh kerana faktor politik kenegaraan, saya faham dengan langkah kerajaan Malaysia untuk memartabatkan BM jikalau tidak identiti Melayu akan hilang dan ditelan zaman.

Kerajaan Malaysia menutup semua sekolah aliran Bahasa Inggeris dan digantikan dengan sekolah aliran BM untuk semua subjek kecuali Bahasa Inggeris dalam tahun 70an ternyata bukan satu polisi yang menafaatkan. Akibatnya, penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar jatuh mendadak. Impian pengubal polisi ketika itu yang menjangkakan BM dapat menggantikan Bahasa Inggeris ternyata tidak tercapai.

Apakah tidak mungkin sistem aliran Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah diperkenalkan semula?

Nasionalis Melayu tidak harus melenting dengan saranan ini. Orang Melayu Islam akan tetap orang Melayu Islam tidak kira bahasa apa yang dipelajari.

Zaman kolonial sudah lama berlalu. Falsafah hegemony sudah lupus. Janganlah berasa malu untuk menerima Bahasa Inggeris untuk masa depan dan kemakmuran yang akan datang.

Intergrasi nasional bukan hanya terletak semata-mata ke atas bahasa kebangsaan. Saya pernah terbaca pengkritik bangsa Melayu yang mengkritik orang bukan-Melayu masih tidak fasih berbahasa Melayu setelah 54 tahun negara merdeka!. Tetapi adakah golongan ini merupakan golongan yang akan mengancam ketenteraman negara?

Bukankah kita juga mengetahui di mana perang saudara juga meletus di kalangan mereka yang sebangsa dan menutur bahasa ibunda yang sama?

Arus perkembangan globalisasi yang berlaku menuntut kita untuk berubah. Kita harus menerima hakikat bahawasanya — dunia sains dan teknologi adalah “milik” Bahasa Inggeris.

Demi “survival” kita, anak-anak muda kita harus dilengkapkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Bagi saya penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan mencukupi dengan PPSMI. Subjek-subjek lain perlu juga diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris supaya suasana pembelajaran Bahasa Inggeris itu lebih menarik.

11 Replies to “Pengalaman graduan tempatan di negara asing”

  1. Tahukah kamu siapa yang menghapuskan sistem sekolah berbahasa Inggeris dan digantikannya dengan sistem sekolah berbahasa Melayu dalam tahun 70an dan 80an? Orang ini masih tidak mahu mengundur diri dari arena politik tetapi sentiasa memberi kritikan yang bukan bukan.Ketinggalan negara ini dalam bidang ekonomi,pendidikan,teknologi dan sosial berbanding dengan negara lain dalam Asean kebanyakkan disebabkan oleh pelaksanaan polisi beliau selama 22 tahun.

  2. Produk UKM sangat kami berbanga kerana beliau dapat menulis dalam bahasa kebangsaan yang kita menjunjung tinggi itu. Dalam penulisan tersebut tidak susah kita memahami beliau sesugguh pun dapat berkerja di luar Malaysia tetapi beliau menhadapi kecabaran besay kerana tidak dapay menguasai Bahasa Inggeris.

    Tidak susah difahakan bahawa Bahasa itu jiwa bangsa, tetapi kita mesti juga perlu insaf kerana hanya menguasai Bahasa Malaysia itu mencukupi dalam dunia dimana Teknologi( dipindah dari BI technology) dan Sains (juga dipindah dari BI Science) adalah mengguna Bahasa Inggeris.

    Tidak akan Malaysia terancam jika subjek Kira-kira dan Sains dibelajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris

  3. In this country we have people who are determined to stay behind and remain backward. There are those who want to progress and want to the country to move on. Such diversity is unavoidable. It is all about choices and preferences. So the best solution still is for the government of the day to give people that possibility; ie the possibility of choosing. It would be disastrous if the government were to take a stand and force one or the other section of the country into compliance. It wont work. Look at umnoputras. Ask them whether they personally would want their children to be ignorant or incompetent in the english language.

  4. /Bagi saya penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan mencukupi dengan PPSMI. Subjek-subjek lain perlu juga diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris supaya suasana pembelajaran Bahasa Inggeris itu lebih menarik./

    Apa macam punya cakap ini?Sudah kasi lu chance pakai English dalam matapelajaran Matematik dan sains sekarang pula mau lebih lagi pembelajaran English speaking.
    Mulai besok Matematik dan sains mesti guna ketuanan Bahasa Melayu dan lain lain subject dalam bahasa Jawi!

  5. Saya bersetuju dengan penulis artikel ini. Apabila pemimpin-pemimpin negara kita mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kempen untuk memartabatkan Bahasa Malaysia di arena dunia, saya tersenyum sahaja kerana kesempitan pemikiran mereka terlihat. Bahasa Malaysia tidak akan mendapat dukungan bangsa-bangsa asing hanya kerana kerajaan Malaysia sanggup berbelanja untuk mengadakan kempen “memartabatkan Bahasa Malaysia”.

    Asalkan negara kita maju dan makmur, bangsa dan budaya kita akan turut disanjungi. Bangsa-bangsa asing akan terpandu untuk mempelajari bahasa kita kerana kedudukan kita di mata dunia meningkat, sepertimana rakyat Malaysia dihantar ke negeri Jepun untuk menyerap ilmu dan mempelajari teknologi yang canggih dalam bahasa Jepun, sejajar dengan Dasar Pandang Timur yang dianjurkan oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir. Walaupun bahasa Jepun hanya digunakan sebagai bahasa umum di negari Jepun sahaja, namum banyak orang asing yang mempelajarinya kerana kedudukan bahasa itu turut dipertingkatkan oleh kewibawaan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa Jepun. Kerajaan Jepun tidak pun perlu menganjurkan kempen memartabatkan bahasa Jepun. Sama juga dengan negara China. Baru-baru ini banyak orang dari negara-negara Barat yang mempelajari bahasa Cina kerana ingin mengadakan perniagaan dengan bangsa Cina, memandangkan negara China kini semakin maju dan makmur berbanding dengan zaman yang lepas.

    Persoalannya, apakah yang sedang dibuat oleh kerajaan kita untuk membangunkan negara kita selain daripada kempen memartabatkan bahasa Malaysia? Pada pandangan saya, kempen-kempen seperti ini hanya membazirkan wang rakyat dan menjadi helah untuk memberikan peruntukan wang kepada kroni-kroni sesetengah pihak. Selagi pemikiran pemimpin-pemimpin kita tidak berubah, selagi rakyat tidak sedar, negara kita akan terus dimundurkan oleh pemimpin-pemimpin ini. Bahasa kita juga tidak mungkin diminati oleh bangsa-bangsa asing.

  6. Apa ku Cina chakap Melayu?
    Tak tau chakap Englis ka?
    Ku ingat kita bahasa satu dunia tau paham?
    Malaysia kerchil molek negara…nak lian bangsa chakap Melayu balu boleh miaga di Malaysia?
    hi..blaca Englis biak biak kalau ku nak berjaya jadi kerani besar di perjabat tak sokong mian politik.
    Jangan harap UMNO b shiatans.
    Dia bukan sayang Malaysians.
    Dia nak curit wang piking dia sindiri bangsa otak jadi lumbu.

  7. It is real sad that some young Malaysians are caught by UMNO b dirty politics….ignoring realities in life.
    English language dominates the world.
    Powerful French….German…Japanese ..Chinese can boast they too have others go to their countries to toe the line and speak their languages.
    Even Koreans…dare not do that.
    But tiny Malaysia..you have UMNO b hypocrites and crooks teaches you how powerful we are..leading Malaysians with false dreams and hope.
    Lets hope Wong will wake up and be realistic.

  8. To me, Science n Maths in English language (at least in Malaysia) is important, but MORE important, is we should have enough properly qualified trained, n knowledgeable, dedicated, teachers in these 2 subjects.
    Presently, we are far from that !!

Leave a Reply