– Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 02, 2011
2 SEPT — Hari ini hari ketiga syawal dan umat Islam di seluruh negara masih di dalan mood lebaran. Hari Raya tahun ini merupakan perayaan berkembar dengan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada hari semalam, iaitu hari rakyat negara kita memulakan pentadbiran negara oleh rakyat kita sendiri. Tarikh yang menjadi hari sambutan kemerdekaan ini ialah 31 Ogos.
Usaha mencapai kemerdekaan ini bermula jauh sebelum penubuhan Umno pada tahun 1946 dahulu tetapi pertubuhan-pertubuhan yang bergerak itu merupakan pergerakan individu oleh puluhan pertubuhan yang semuanya mengarah kepada pencapaian kemerdekaan negara.
Badan-badan atau pertubuhan yang bergerak itu tidak bersatu di antara satu dengan yang lain kerana semasa itu kita belum ada negara yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.(PTM). PTM hanya wujud pada 2 Februari 1948. Sebelumnya itu negeri-negeri yang kini berada di dalam sebuah negara Persekutuan, adalah negeri-negeri yang di tadbir oleh kerajaan beraja masing-masing. Continue reading “Rakyat Merdeka: Tidak mahu lagi dijajah oleh sentimen perkauman”