Oleh G. Manimaran
The Malaysian Insider
Aug 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.
Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”
Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.
Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.
Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.
“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.
Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”
Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”
Dia mempunyai tiga orang anak.
“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.
“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.
Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.
Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”
“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.
“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.
Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.
“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.
“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.
Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.
“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.
“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.
“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.
“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.
Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.
“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.
“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.
Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.
“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.
“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”
Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.
“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.
Jais umno itu macam orang Pharisees dan sadducees zaman dahulu. Semuanya hipokrit dan akan dimusnah Tuhan. Rasuah, penyewelengan, penipu, pembunuh, perogol dikalangan umno dan BN, jais buat tak tahu. Mengapa tak serbu “Kota” dia orang? Ohhh, lupa saya. Anak iblis tak boleh serbu bapa iblis.
Reminds me of the good samarithan story. Who is truly my friend? The janda may ask the Jabatan kebajikan who are mostly manned by fellow Muslims. the janda is exactly in the situation like the Jew left for dead by the roadside by his fellow jew until being “rescued” by a samarithan.
But the difference is, the good samarithan and janda got arrested by jais. What a laugh, this bigot. Jais should serbu the Jabatan kebajikan.
/// Anak iblis tak boleh serbu bapa iblis. ///
Ni yg paling tepat sekali. Gua sokong komen undertaker888 seratus peratus.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/foreign-expert-says-possible-saifuls-sperm-found-in-own-anus/
jais should arrest this buggah. He did it to himself via his behind. If he were to be a female (hermaphrodite), he would be pregnant with his own child!
Ustaz Asri,
Saya tidak faham ke arah mana pemikiran kami semua mahu tuan bawa dengan menulis artikel sebegini. Sekali imbas, tuan seolah mahu mewakili suara pihak gereja, menjelaskan bahawa tiada kesalahan kepada tindakan gereja yang menjemput sebilangan Muslim utk “berbuka puasa” di dalam gereja pd hari berkenaan. Dua kali imbas, tuan nampaknya tidak berpuas hati dgn Jais yg menuntut tauliah drp para ulama’ spt tuan sebelum dibenarkan mengajar agama di kawasan mereka. Seolahnya kalaulah tuan ada tauliah itu dan dibenarkan bebas mengajar di Selangor maka tiadalah seorang pun Muslim Selangor yg akan murtad!
Apa pun jua maksud tuan, nasihat saya cuma satu. Tuan jangan jadi bebal! Isunya di sini ialah betapa sudah ada satu gerakan yang semakin merebak, utk menarik Muslim supaya murtad. Permasalahan kenapa gerakan ini mendapat sambutan, samada kerana institusi zakat tidak berperanan atau kerana tuan tiada tauliah utk mengajar, itu persoalan kedua. Yg lebih penting ialah kita berterima kasih dahulu kpd pihak Jais yg telah membuka mata Muslim seluruh Malaysia tentang kewujudan gerakan ini. Ya, perkara yg sama pernah cuba didedahkan oleh beberapa pihak sebelum ini spt Mufti Harussani dan PAS ( di zaman sebelum mereka menjadi bapuk). Namun tindakan Jais kali ini benar-benar “caught red-handed”, berbanding pendedahan sebelum ini yg tidak disokong oleh bukti yg kukuh. Tolong guna otak wahai Tuan Asri. Wassalam.
He must have shoot the sticky glue upward and then kankang to receive the drop.I suggest he performs that in the circus.Yo Yo.
Adakah koran mengatakan tak boleh(tapi Malaysia semua boleh kan??) buka puasa di gereja atau seseorang individu tak boleh pilih mana mana agama sesuai dengannya??Tuan Asri dan Lufti kedua dua pun ada otak cuma bezanya Lufti punya otak kolot atau racist macam umno-jenis-islam.
To Mr Tak Tahan. The Quran never prohibit Muslims from breaking their fast in the church. But being the student of both Quran and Bible, I can tell u that both of the Books prohibit human kind from lying. The church has strongly denied any effort of converting Muslim to Christian when the issue was first raised by the media. And now we all know that the curch was involved with that kind of activity and was further confirmed by Tuan Asri’s article when he wrote ‘mengakui sudah ada yg murtad’. So the church lied, and it went against the teaching of Jesus (peace be upon him).
Second, what makes u accused me of being racist? I’m defending Jais, does that make me racist? If u are to defend the church with your life, I will not call u racist bcos that is your right. So who is really racist now?
http://www.youtube.com/watch?v=f9uzEORnEfc&feature=youtube_gdata_player
chapati char keow teow
Lutfi, how do you tell Church was lying? Dont you know those murtad-ed people, convert on their wills and not church moves?
You want to blame church for helping those people? Blame Islamic organization for not doing their job!!
Bring back their faith to Islam if you want to, whining is just a douche, seriously.
FYI, me myself is not a christian.
mr chinakampung, how do I know the church lied? U really dont know? How old are u actually bcos my 7 year old son also know that the church lied. When two different statements being issued, one is contradicting another, both of the statements cant be true. One must be untrue. Again, u asked me not to blame the church that few Malays have become murtad. Read all my previous comments. Where did I blame church for that? I blame them for lying!