Lim Kit Siang

Lim Guan Eng zalim!

Komentar Roketkini
2 July 2011

2 JULAI – Sekumpulan penyokong UMNO, Perkasa dan segolongan India Muslim telah mengadakan demonstrasi haram di ibu negeriPulau Pinang pada petangJumaat laludi mana mereka turut menyerang dua jurugambar.

Tujuan mereka mengadakan perhimpunan haram berkenaandengan membawa sepanduk “Pulau Pinang Hak Kami”, “Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu” dan “Jangan Berani Bangkitkan Komunis”, adalah membantah dan mengecam pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Selain mengadakan perarakan dalam bandar ke pejabat KetuaMenteri di Komtar, Georgetown, mereka juga berarak hingga ke Jambatan Pulau Pinang yang mengakibatkan kesesakan lalulintas serta kedai-kedai di bandar ditutup.

Sepanjang demonstrasi haram itu, pihak polis hanya membiarkan sahaja mereka yang terlibat bermaharajalela di jalanan.

Hanya selepasia berakhir, barulah polis menahan lapan orang termasuk Senator EzamMohd Nor, bekas KetuaPemuda PKR yang sudah kembali menyertai UMNO, atas tuduhan mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Perhimpunan haram itu adalah bertujuan mengecam “kezaliman” Guan Eng serta “mempertahankan Malaysia daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara”.

Mungkin mereka yang berdemonstrasi itu menganggap Guan Eng telah menzalimi rakyat kerana:

  • Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang Berjaya mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turutsejak 2008 atas amalan bebas rasuah dan urustadbir yang berasaskan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT);
  • Kejayaan ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara di mana Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik selama dua tahun berturut-turut. Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan negeri atau negara yang telah dipuji oleh Tranparency International di Malaysia kerana Berjaya memerangi rasuah;
  • Melalui pengurusan kewangan yang baik membolehkan kerajaan negeri Pakatan mengagihkan RM12 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat, SekolahMubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Sikh;
  • Prestasi kewangan kerajaan Pakatan Pulau Pinang tetapi juga telah menyelamatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang daripada menjadi muflis, malah mencatatkan sedikit lebihan pada 2008 dan seterusnya untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu lebihan RM3 juta pada 2008, RM15 juta (2009) dan RM23 juta (2010);
  • Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam sejarah dengan menduduki tempat pertama di Malaysia sebanyak RM12.2 bilion;
  • Penurunan indeks jenayah yang tertinggi di Malaysia adalah di Pulau Pinang dengan penngurangan sebanyak 27 peratus;
  • Pulau Pinang menduduki tempat pertama dalam sector pelancongan kesihatan dan pertumbuhan penumpang udara sebanyak 25 peratus di Negara ini;
  • Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang membelanjakanRM20 juta untuk pemberian RM100 setiap seorang untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU);
  • Waris si mati pula diberikan RM1,000 untuk jenazah. Program ini yang mendapat sambutan yang begitu popular di kalangan 115,000 daripada 130,000 warga emas atau 88 peratus di Pulau Pinang akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal;
  • Kerajaan Pakatan dengan tajaan percuma syarikat swasta telah menyediakan 750 lokasi hot spot internet WiFi percuma di tempat awam. Kemudahan ini akan diperluaskan ke 750 lokasi lagi dengan bayaran kerajaan negeri yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,500 lokasi demi mencapai hasratPulau Pinang sebagai negeriWiFi yang pertama di Malaysia;
  • Dasar-dasarseperti No Free Plastic Bag Day dan mempergiatkan kempen kitar semula menunjukkan komitmen kearah menjadikan Pulau Pinang negeri hijau yang pertama di Malaysia. Pengurangan sisa pepejal sebanyak 175 tan metric sehari di kawasan MPSP adalah satu tanda kejayaan;
  • Demi mengatasi masalah kesesakan trafik, satu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sedang disediakan oleh perunding pakar trafik dengan kos RM3.2 juta. Ia akan merangkumi system jalanraya terowong; antara cadangannya telah pun dicatat dalam Memorandum Of Understanding yang ditandatangani oleh BUCG dari Beijing dan Guan Eng pada 28 April 2011 dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri China Wen Jia Bao;
  • Projek jalan dan terowong itu adalah:
  • a) Gurney Drive menghubungkan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2 km.

    b) Bandar Baru Air Itam menghubungkan Lebuhraya TunDr. Lim Chong Eu sepanjang 4.6 km.

    c) Terowong Pulau Pinang – Butterworth sepanjang 6.5 km.

    Pembinaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan trafik di kawasan pulau tetapi juga akan memacu pembangunan ekonomi di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) seperti Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Butterworth.

  • Kesemua 1,500 guru Kafa tahun akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang. Bayaran RM 100 one-off ini memakan perbelanjaan RM150,000;
  • Pada 2010, kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya untuk menyambut Hari Raya Puasa.
  • Sebagai tanda simpati, kerajaan Pakatan Pulau Pinang juga memberi RM25,000 kepada semua 25 orang mangsa malapetaka tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor.
  • Inilah antara “kezaliman” Guan Eng yang menjadi punca demonstrasi ganas kumpulan-kumpulan UMNO, Perkasa dan segelintir India Muslim yang mahu “menyelamatkan” Malaysia. – Roketkini.com