Komentar Roketkini
17 June 2011 | Roketkini
17 JUN – Hampir 100,000 warga Malaysia keturunan Dayak dari Sarawak terpaksa meninggalkan negeri untuk mencari kerja di Semenanjung. Keadaan menyedihkan itu berlaku kerana kerajaan negeri Barisan Nasional Sarawak gagal menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.
Daripada jumlah 2.4 juta penduduk Sarawak, separuh daripadanya adalah dari kalangan masyarakat Dayak yang merangkumi Iban, Bidayuh, Kelabit, Kenyah, Penan, Kayan, Punan, Ngaju, Lun Bawang, Sihan dan suku-suku kaum lain.
Malah, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Adul Taib Mahmud mahu anak-anak negeri yang masih berada di kampung supaya bersaing dengan buruh asing di lading-ladang kelapa sawit yang hanya menawarkan gaji RM12 sehari. Continue reading “Mengangkat martabat Dayak”