Meniarap (planking) membantah kenaikan kadar elektrik

By Roketkini
4 June 2011

MUAR, 4 JUN – Marah dengan kenaikan kadar elektrik? Geram kerana harga barang juga akan turut naik? Bengang tapi tak pasti apa nak buat?

Apa kata tindakan kerajaan Barisan Nasional itu dibantah dengan mengambil gambar aksi “planking” atau meniarap di kawasan umum (asalkan bukan di tengah jalan raya yang sesak atau di litar perlumbaan Sepang sewaktu motosikal atau kereta sedang laju bersaing) dan dihantar ke laman sosial maya Facebook?

Juga pastikan apabila mengambil gambar aksi planking itu, ia tidak menghalang lalu lintas atau mengganggu ketenteraman awam. Planking yang merupakan aksi meniarap dengan merapatkan kedua-dua tangan dan lengan di sisi badan di tempat awam adalah fenomena bantahan biasa di seluruh dunia sejak sedekad lalu.

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hua dari DAP Johor telah memulakan kempen planking beliau dengan cara yang tersendiri untuk disebarkan melalui internet.

Selain mengadakan tunjuk perasaan, menghantar memorandum kepada kerajaan dan mengkritik tindakan menaikkan kadar elektrik itu melalui laman-laman web, Er menggalakkan warga siber supaya menyertai kempen bergambar planking.

Gambar-gambar itu boleh diambil di depan mana-mana pejabat cawangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau di mana adanya logo TNB sebagai latar. Gambar-gambar itu boleh dihantar ke halaman ria yang disediakan oleh Er di:

http://www.facebook.com/pages/Plank-for-unreasonable-tariff-hike/206179569419312

Er yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor menjelaskan bantahan terhadap kenaikan kadar elektrik itu perlu dibuat kerana ia dilaksanakan secara tidak adil dan membebankan rakyat yang sudah tertekan dengan kegawatan ekonomi semasa.

Katanya, kenaikan itu tidak adil dan tidak telus kerana rakyat tidak didedahkan kepada butir-butir perjanjian pembelian tenaga di antara TNB dan syarikat-syarikat penjana tenaga bebas (IPP) .

“Kerajaan perlu mendedahkan butir-butir perjanjian itu untuk memastikan kenaikan kadar elektrik bukan untuk memberi keuntungan kepada IPP,” katanya, menegaskan rakyat tidak patut dibebankan oleh masalah yang dicipta sendiri oleh kerajaan. – Roketkini.com

2 Replies to “Meniarap (planking) membantah kenaikan kadar elektrik”

  1. Boleh tak saya ambil gambar planking atas bumbung kereta saya?Wives’ obedient club’ members patut digalakan sandwiched atau planking depan TNB untuk memaparkan lagi aksi aksi yang lebih hebat.

Leave a Reply