– Mohd Yusof Hadhari
The Malaysian Insider
Jun 01, 2011
1 JUN — Sekarang kita semua perlu terus sedar bahawa penjimatan kini sudah menjadi wajib. Ia patut menjadi kata kunci kepada semua orang, bukan lagi kepada yang berpendapatan rendah sahaja. Kanapa saya berkata begitu. Harga gula sudah naik, harga minyak sudah berapa kali naik. Untuk harga barang yang lain harap tidak di naikan lagi, sekurang-kurangnya tidak dirasionalisasikan dalam masa terdekat. Harga petrol Ron95, diesel dan gas masih lagi bertahan, entah sampai bila subsidinya dapat diteruskan! Kita tunggu dan lihat.
Dan mulai kemarin (1 Jun), bagi pengguna elektrik antara 301kW dan 1000kW unit, tarifnya sudah dinaikan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Macam biasa, tenang semua. Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding Negara jiran meskipun dengan kenaikan itu. Menurut kerajaan, sebelum atau selepas kenaikan, setelah dirasionalisasikan, harga di Negara ini masih murah jika di bandingkan dengan Thailand sebanyak RM18.23 setiap juta unit termal British (MMBtu). Indonesia RM21.04, Singapura RM43.32 dan Vietnam RM18.70.
Kerajaan kata kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, iaitu daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan Negara serantau seperti Thailand (RM19.46), Indonesia (RM18.74) dan Singapura (RM113.45). Apa pun, yang jelas pengguna tidak akan selesa dengan sebarang kenaikan. Continue reading “Rakyat atau Kerajaan yang perlu berjimat?”