— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 29, 2011
29 MEI — Ramai juga yang tidak selesa dengan komen saya dalam banyak isu yang berkaitan dengan ‘intution’ saya yang tidak begitu sedap dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kadangkala saya berfikir juga kenapa saya perlu sibuk untuk menulis tentang isu-isu itu kerana ianya hanya memungkinkan saya di rembat dengan hebatnya oleh pihak yang tidak gemar dengan pandangan saya.
Kadangkala ada juga penyesalan kerana saya terlibat mengambil tahu tentang politik ini. Walaupun tidak bergiat secara fisikal lagi benak saya tetap berfikir tentang politik ini. Saya tetap juga memberikan pandangan secara terbuka kerana saya tidak pernah berusaha untuk menaiki tangga kejayaan politik dan saya tidak pernah menyesal dengan keadaan itu.
Oleh itu saya tetap dengan pendirian untuk bercakap dan menulis ketika ada ruang untuk berbuat demikian kerana saya tidak dapat mengelak dari melihat dan mendengar apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya bukan seorang ‘social climber’ dan apa yang saya perkatakan itu adalah pemikiran yang sejati tanpa dikotori oleh kepentingan peribadi. Justru saya tidak ada perasaan gentar dan takut untuk memberikan buah fikiran dan pandangan saya secara terbuka. Continue reading “Kalau ada ‘fulus’ apa pun boleh lulus”