YB Lim,
Per: Syarat Kemasukkan ke Ijazah Farmasi Lepasan Diploma Farmasi
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa saya pelajar jurusan Diploma Farmasi semester terakhir Kolej Universiti (IPTS). Di sini saya ingin meluahkan kekecewaan terhadap sistem yang diguna pakai pada masa kini untuk pengambilan pelajar lepasan Diploma Farmasi ke peringkat IPTA atau IPTS bagi jurusan Ijazah Farmasi.
2. Apa yang menyedihkan ialah graduan dari jurusan Diploma Farmasi wajib mendapat CGPA 3.8 ke atas untuk layak mejejak kaki menara gading untuk melanjutkan pendidikan ke peringakat Ijazah. Sebelum saya memilih jurusan Diploma Farmasi, saya pernah dimaklumkan bahawa syarat untuk melanjutkan ke peringkat Ijazah adalah CGPA 3.0 sahaja. Tetapi kini semuanya telah berubah. Saya berasa sedih dan hala tuju saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Farmasi terbantut.
3. Mengikut Lembaga Farmasi Kebangsaan, perubahan ini telah dilakukan sejak dua tahun lalu dan pada masa itu saya menduduki semester ke 5. Kementerian Pengajian Tinggi memberi kelonggaran kepada pelajar Foundation dan STPM, iaitu dengan CGPA 3.0 boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Farmasi.
4. Bukanlah niat saya untuk mengeruhkan keadaan tetapi adalah atas kerana ia adalah tidak adil untuk mengetepikan graduan dari jurusan Diploma Farmasi yang mana kita semua tahu golongan ini telah banyak membantu membangunkan negara dan telah melahirkan tokoh-tokoh yang berjaya. Adakah salah untuk kami menyambung pelajaran di universiti impian kami? Dan hinakah kami sehingga kami disamakan dengan pelajar jurusan lain?
Sekian, Terima Kasih
Yang Benar,
Pelajar Diploma Farmasi
Segamat, Johor.
How many institutes of Higher Education offer Phatmacy degrees that places are so limited that this poor guy cannot even get a place?
Are there so many students with CGPA of 3.8 and above that 3.8 is the cut-off point?
If the government can freeze and control the numbers wanting to be doctors for the next 5 years, what are they doing about those wanting to do Pharmacy?
Is there a shortage or over supply of Pharmacists?
MOHE wants higher standard mah, isn’t it better n got more standard?