Soalan:
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan butir-butir mengikut kaum pegawai polis dan imigresen berikan angka-angka tersebut mengikut gred masing-masing.
Jawapan:
Untuk makluman AhIi Yang Berhormat, sehingga 31 Julal 2010 jumlah anggota polis di seluruh negara ialah 106,530 orang. Jumlah anggota polis ini melibatkan pelbagai gred jawatan dan peringkat Anggota Polis Pangkat Rendah dan Sokongan hingga Ketua Polis Negara (KPN). Daripada jumlah tersebut, sejumlah 84,523 orang atau 79.34% adalah terdiri daripada kaum Melayu, 2,210 orang atau 2.07% kaum Cina, 3,624 orang atau 3.4% kaum India dan 15,886 orang atau 14.91% lain-lain kaum.
Sehingga 31 Ogos 2010 jumlah anggota Jabatan lmigresen ialah 11,017 orang di mana sejumlah 9,598 atau 87.12% anggota terdiri daripada kalangan kaum Melayu, 322 atau 2.92% kaum India, 208 atau 1.87% kaum Cina, 813 atau 7.38% kaum Bumiputra dan 76 orang atau 0.69% kaum-kaum lain.
Maklumat terperinci berkaitan gred jawatan berdasarkan kaum adalah seperti di Lampiran A dan B.
Lampiran A
Maklumat perjawatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan gred jawatan dan kaum sehingga 31 Julai 2010 Continue reading “Racial breakdown for police/immigration services”