SOALAN:
Lim Kit Siang (Ipoh Timur) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk memastikan bahawa Malaysia tidak akan mengikut jejak langkah Iceland dan Greece dan menjadi sebuah negara bankrap yang memerlukan penyelamatan dan masyarakat serantau atau antarabangsa.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
-
Untuk makluman Yang Berhormat, hutang negara adalah hutang luar negara yang terdiri daripada hutang luar jangka sederhana dan panjang bagi Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sektor swasta serta hutang jangka pendek sektor perbankan dan swasta. Peratusan hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tahun 2004 hingga 2009 kekal terurus dengan purata 34.6% dan pecahannya adalah seperti berikut:
Tahun Peratus hutang negara kepada KDNK 2004 42.3 2005 37.8 2006 32.1 2007 29.2 2008 31.9 2009 34.3
Continue reading “Malaysia’s foreign debt – Parliament Question”