Soalan: Sim Tong Him (Kota Melaka) meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kedudukan project membaik pulih, menaik taraf, mengubahsuai dan bina baru bangunan Parlimen Malaysia dengan butir-butir kerja-kerja yang akan dilaksanakan, jumlah kos terlibat, tarikh kerja dimulakan dan bilakah projek ini akan dapat siap dibina keseluruhannya.
Jawapan: Dato’ Seri Mohamed Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Tuan Yang Di Pertua,
Terdapat cadangan untuk membina sebuah Kompleks Parlimen yang baru di dalam kawasan yang sedia ada. Pembinaan Kompleks Parlimen yang baru adalah bertujuan memenuhi keperluan Parlimen Malaysia di masa akan datang dengan mengambil kira aspek keselesaan, keperluan, kemuduhan dan pertambahan bilangan ahli Parlimen.
Kerja-kerja membaik pulih, menaik taraf dan mengubahsuai bangunan Parlimen sedia ada pula adalah bagi membaik pulih struktur bangunan dan mengganti sistem mekanikal dan elektrik yang telah uzur. Cadangan ini telah di bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan. Baru-baru ini, Jemaah Menteri telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan Parlimen yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan. Walaubagaimanapun, butiran lanjut mengenainya masih dalam peringkat kajian oleh JKR.
Continue reading “New Parliament in Putrajaya”