Oleh G. Manimaran | The Malaysian Insider
KOTA BARU, 29 Mei — Pakatan Rakyat (PR), yang mencipta sejarah dengan menguasai lima kerajaan negeri dan menafikan Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga di Parlimen dua tahun lalu, perlu mengadakan kajian separuh penggal prestasi mereka.
Justeru, idea agar diadakan kajian separuh penggal itu membabitkan prestasinya sejak Mac 2008 akan diutarakan pada mesyuarat kepimpinan PR
Selasa depan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
“Kami akan membincangkan idea agar diadakan kajian separuh penggal kerajaan negeri Pakatan Rakyat selepas dua tahun memerintah,” kata Lim pada sidang media bersama pemimpin-pemimpin PR di sini hari ini.
“Kita sudah memerintah selama dua tahun dan ada baiknya kita melakukan kajian separuh penggal ini… masa yang sesuai untuk menilai prestasi kerajaan negeri… pendekatan, cara… untuk melihat prestasi dari segi aspirasi, harapan rakyat,” kata beliau.
Continue reading “DAP: Pakatan perlu adakan kajian prestasi separuh penggal”