Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan beberapakah jalur lebar Internet antarabangsa yang akan ditambah mengikut perancangan oleh TM untuk menampung HSBB dan penggunaan Internet Streamyx bagi setiap suku tahun (quarterly) mulai 2009 sehingga 2014.
Jawapan:
Untuk makluman, perancangan penambahan kapasiti jalur lebar pihak TM dibuat secara tahunan dan bukan mengikut suku tahun. Sehingga 2 Jun 2009, jumlah kapasiti jalur lebar Internet antarabangsa adalah sebanyak 112.0Gbps. Bagi tahun 2009, kapasiti jalur lebar Internet antarabangsa yang dirancang adalah sebanyak 149.4 Gbps dan dijangka meningkat kepada 715.0 Gbps pada tahun 2013.
Jumlah anggaran perancangan kapasiti jalur lebar Internet yang akan ditambah untuk menampung keperluan perkhidmatan TM mengikut tahun adalah seperti berikut :
Tahun | Kapasiti |
---|---|
2009 | 149.4 Gbps |
2010 | 190.1 Gbps |
2011 | 405.8 Gbps |
2012 | 547.6 Gbps |
2013 | 715.0 Gbps |
Selain itu, perancangan ini akan turut disokong beberapa insiatif lain seperti pemusatan kandungan (content hubbing) dan peningkatan hos tempatan (mirroring site) agar penggunaan kapasiti antarabangsa lebih efisien di samping mengurangkan pengaliran keluar trafik.