(The following is the charge preferred against DAP National Chairman and MP for Bukit Gelugor Karpal Singh under Sedition Act 1948 at the Kuala Lumpur Sessions Court on Tuesday 17 March 2009)
DALAM MAKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR
KES TANGKAP NO:
PENDAKWA RAYA
LAWAN
KARPAL SINGH A/L RAM SINGH
Pertuduhan
Kamu didakwa atas kehendak Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap kamu ialah:
“Bahawa kamu pada 6 Februari 2009 jam antara 12.00 tengahari dan 12.30 petang di Tetuan Karpal Singh & Co yang beralamat No. 67, Jalan Pudu Lama, dalam Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu sidang akhbar telah menyebut kata-kata menghasut (transkrip ucapan dilampirkan sebagai LAMPIRAN ‘A’ kepada pertuduhan ini dan kata-kata menghasut digariskan); dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.”
Hukuman
Kamu boleh, bagi kesalahan kali pertama, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kemudian boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
Bertarikh pada 16 Mac 2009
PENDAKWA RAYA
[signature]
(TAN SRI ABDUL GANI PATAIL)
PENDAKWA RAYA
Continue reading “Sedition charge against Karpal”