Lim Kit Siang

May 22, 2008 – Sad Day for Sabah (In video and Hansard)

This is the video clip and Hansard extract of the parliamentary proceeding yesterday – another sad day for Sabah.

It could be the day for redemption for Sabah, the first step in the realisation of the 30-year dream of Sabahans to end the nightmare of illegal immigrants which have made them and future generations strangers in their own state.

Apologies for the defect in the video clip of the parliamentary proceeding yesterday on the rejection of my amendment to the Motion of Thanks for the Royal Address to set up a Royal Commission of Inquiry to resolve the long-standing problem of illegal immigrants in Sabah.

It is now uploaded together with the Hansard (official parliamentary report).



MEMINDA USUL-USUL DI BAWAH P.M 30

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 30 dan 33 untuk kemukakan satu pindaan kepada masalah di hadapan kita, untuk meminda usul dengan menambahkan perkataan-perkataan “… dan memutuskan bahawa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menangani masalah berlarutan mengenai pendatang tanpa izin di Sabah sehinggakan timbulnya kekhuatiran yang berasas…”

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak perlu baca, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, itu pindaan saya, “… bahawa bilangan orang asing kini melebihi jumlah bilangan rakyat Sabah di dalam negeri Sabah selepas perkataan-perkataan Penggal Pertama, Parlimen Yang Kedua Belas”. Dan saya kemukakan ini di bawah Peraturan Mesyuarat 31 dan 33(3). Bolehkah saya memberi hujah-hujah mengenai perkara ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya buat keputusan Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita akan buat keputusan sekarang, usul ini perlu diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua dan saya akan buat keputusannya sekarang.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Pindaan, satu pindaan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Sila duduk Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu cadangan pindaan ke atas Usul Menjunjung Kasih daripada Yang Berhormat Ipoh Timur pada 16 Mei 2008. Saya mendapati bahawa cadangan pindaan tersebut tidak berkaitan dengan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Cadangan pindaan Yang Berhormat Ipoh Timur adalah melebihi, exceeding dari Usul Menjunjung Kasih. Cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu sepatutnya dibuat secara usul bersendiri.
Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul tersebut dikemukakan. [Tepuk]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua sedar bahawa ini adalah bercanggah dengan semua konvensi-konvensi Parlimen Komanwel.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, saya tahu saya tidak mahu masuk keputusan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi bolehkah Tuan Yang di-Pertua ada buat satu kajian, oleh sebab sama ada di UK, Australia, India, ini adalah tradisi dan konvensi dan bukan sahaja oleh sebab usul menjunjung kasih ialah satu usul dasar. Usul dasar di mana apa-apa perkara yang bersangkut dengan dasar boleh dibincangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Keputusan Yang Berhormat dibuat, ini adalah extra ordinary dan tidak pernah ada berlaku dalam Komanwel Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak payah explain. Baik, Yang Berhormat. Saya akan respons kepada Yang Berhormat. Kalau kita baca Peraturan 31, yang berbunyi, “Pada sesuatu usul itu dalam timbangan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis Mesyuarat, boleh dicadangkan pindaan-pindaan jika pindaan itu berkaitan dengan usul itu”.
Kita ketika ini adalah untuk membahaskan usul Titah Ucapan Diraja. Maknanya Ahli-ahli Parlimen mengucapkan terima kasih ke atas Titah Ucapan Diraja dan adalah tidak sopan bagi kita untuk mengucapkan terima kasih, tetapi memberi syarat kepada raja untuk mengaibkan satu usul yang tidak berkaitan dengan ucapan terima kasih kita kepada raja.[Dewan riuh] Itulah sebabnya Perkara 31 itu, tidak dipakai dalam penolakan ini kerana pindaan ini tidak berkaitan dengan usul yang sedang kita bahaskan. Inilah keputusan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya saya tahu itu..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur, nanti Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tahu Yang Berhormat Ipoh Timur, saya tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dahulu Yang Berhormat. Saya belum habis lagi Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, Yang
Berhormat..

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Dahulu, saya ada kemukakan pindaan kepada Usul Menjunjung Kasih dan pernah dibahas sungguhpun ditolak. Sekarang nampaknya adalah melanggari precedent itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tahu Yang Berhormat. Kita berpandukan kepada peraturan kita yang ada. Kita harus berpandukan jika peraturan berkata tidak berkaitan, kita tolak usul, kita tolak. Yang Berhormat Ipoh Timur, saya tahu Yang Berhormat Ipoh Timur prihatin terhadap masalah ini, tetapi saya ingin katakan bahawa Ahli-ahli Parlimen termasuk daripada Sabah termasuk saya adalah lebih prihatin terhadap isu ini dan kita melihat…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kalau begitu…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: …bahawa biarlah usul, kita ada tempat yang sesuai untuk kita membincangkan usul ini dan ketika ini adalah usul untuk mengucapkan terima kasih kepada Titah Ucapan Diraja. Maka kita tidak perlu meletakkan sebarang syarat terhadap ucapan terima kasih kita kepada raja.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Yang di-Pertua, dahulu kita bahas, dia tidak sokong!!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, oleh Yang Berhormat dari Kulai itu hendaklah disetujukan,
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan

Diputuskan,
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Kedua Belas”.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan pada jam 10.00 pagi, hari Isnin, 22 Mei 2008.

22 May 2008 Hansard