Lim Kit Siang

Abdullah could only think of seven priority reform measures…

Yesterday, my parliamentary question (No. 5 on the Order Paper) asking the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi “to outline the top ten priority reform measures which his government will implement in the next 12 months to demonstrate that he has heard the voices of the people in the March 8, 2008 ‘political tsunami'” was not answered as only three got replied.

From the answer Abdullah would have given (reproduced below), the Prime Minister could only think of seven priority reform measures (many of which are quite unsatisfactory) although he had promised Malaysians wide-ranging reforms since he took over from Tun Dr. Mahathir Mahathir more than four years ago.

May be you can outline more reform measures which deserve Abdullah’s top priority in the next 12 months.

Abdullah’s answer:

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, pihak Kerajaan menghormati keputusan rakyat sebagaimana yang telah dizahirkan dalam Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini, dan kita menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Pada masa yang sama, kita juga akan memastikan agar mandat yang telah diberi oleh rakyat, untuk terus mentadbir Negara ke arah kejayaan dan kegemilangan tidak akan disia-siakan.

Kerajaan yang saya pimpin adalah kerajaan yang berpengalaman; kerajaan yang terbukti. Namun saya percaya bahawa Kerajaan yang saya pimpin ini tidaklah bersifat jumud. Saya yakin bahawa Kerajaan pimpinan saya akan terus bersedia untuk menjiwai hasrat rakyat, serta menangani isu-isu yang menjadi bebanan serta menimbulkan kegusaran rakyat.

Atas dasar itu lah, maka saya telah mengumumkan sebuah agenda pembaharuan bagi memenuhi hasrat rakyat. Butiran agenda tersebut adalah seperti berikut:

• Pertama: menangani impak kenaikan harga barang, terutamanya makanan, akibat arus pasaran global;

• Kedua: mengkaji semula pelaksanaan pelan-pelan ekonomi negara bagi memastikan agar faedah pembangunan negara akan dinikmati oleh setiap rakyat;

• Ketiga: mengurangkan jurang pendapatan dikalangan dan diantara golongan etnik, di samping memastikan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia;

• Keempat: mengurangkan kadar jenayah;

• Kelima: meneruskan usaha kearah memerangi rasuah dan meningkatkan budaya integriti;

• Keenam: menyokong pembaharuan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman dan

• Ketujuh: menangani isu sensitive berhubung agama termasuk pembinaan dan pemindahan rumah ibadat.

Setakat ini, saya telahpun membuat beberapa pengumuman berkaitan dengan agenda yang telah saya gariskan dan ianya telah diterima baik oleh rakyat. Pembaharuan-pembaharuan ini adalah tambahan kepada agenda pembangunan nasional seperti yang digariskan dalam Misi Nasional dan Wawasan 2020. Saya yakin bahawa agenda besar Kerajaan ini akan dapat menambah baik kualiti kehidupan rakyat, dan saya percaya rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai langkah bagi membawa Malaysia kearah era yang lebih gemilang.