(From Hansard 4th September 2007 [unedited] on the RM4.6 billion Port Klang Free Zone scandal during the winding up of the debate on 2007 Supplementary Estimates by Deputy Finance Minister, Datuk Dr. Awang Adek)
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat, saya ingin meringkaskan cerita dan saya terus kepada perkara-perkara pokok. Yang Berhormat menimbulkan berbagai-bagai isu tetapi kalau diizinkan saya ingin cantumkan isu-isu Port Klang Free Zone ini kepada empat isu. Pertama, mengapakah pembelian tanah ini tidak dibuat melalui pengambilan balik tanah? Kan Yang Berhormat?
Keduanya, apakah status dan mengapakah Menteri mengeluarkan surat, tidak tahulah Yang Berhormat sebut letter of guarantee, tetapi kita sebut letter of support, surat sokongan. Ketiganya ialah mengenai soft loans, pinjaman ringan, pinjaman mudah. Keempatnya, kenapakah projek ini yang dulunya dianggap sebagai self finance dengan izin, tiba-tiba perlukan kepada pinjaman mudah. Boleh Yang Berhormat, empat itu? Ada lagi?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Macam mana build up pula, saya dah cakap empat tadi, dia setuju-setuju, dia masuk juga …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Timbalan Menteri jawab sahajalah, jangan ada tawar-menawar ini, susah.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Tidak apalah, kita bagi peluang dia, nanti dia tidak puas hati, dia kacau lagi. Kita nak telus, bagi jelas. Kepong ok ya? Jangan kacau Kepong. Jadi pengambilan tanah, mengapa pengambilan tidak dilakukan secara pengambilan balik tanah. Yang Berhormat, mula-mula memang ada usaha untuk diambil tanah melalui pengambilan balik, land acquisition. Land acquisition ini boleh diambil melalui dua cara, satunya berdasarkan kepentingan awam. Biasanya kepentingan awam ini adalah untuk projek-projek sosial, hospital, universiti, ini projek ekonomi. Ekonomi yang besar yang mungkin boleh melibatkan keuntungan.
Keduanya ialah pengambilan balik tanah melalui projek ekonomilah iaitu yang keduaduanya tetapi yang ekonomi ini disyaratkan tidak ada sebelum ini development order, ini ada dalam undang-undang Land Acquisition Act. Sekiranya sudah ada development order maka pengambilan tanah atas dasar ekonomi ini tidak boleh dibuat. Jadi sebab itu timbul masalah sama ada ia boleh dibuat ataupun tidak. Apakah ia boleh dikategorikan sebagai pengambilan untuk kepentingan awam memenuhi projek-projek sosial, projek yang betul-betul perlu rakyat ataupun perlu diambil melalui pelaksanaan projek ekonomi. Malangnya pengambilan melalui projek ekonomi bersyarat dalam akta itu, tidak boleh dibuat sekiranya development order sudah dikeluarkan.
Jadi sebab inilah, maka ia mengambil masa. Pada tahun 2002 Kementerian Pengangkutan telah membawa kertas Kabinet, perbincangan dengan Kabinet. Kabinet bersetuju pada 2 Oktober 2002 supaya pembelian tanah ini dibuat. Ini bermakna ada persetujuan bahawa tanah ini dibeli dengan harga-harga tertentu berdasarkan usaha untuk mengambil balik tanah ini, ada isu-isu berbangkit yang boleh menimbulkan masalah, itu pertama. Keduanya, letter of support, surat. Surat ini sebenarnya bukan …
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sebelum itu bolehkah saya, sebelum masuk …
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Boleh saya bagi empat dulu sebab takut ada hubung kait.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Hubung kait, ok baik.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Kemudian Yang Berhormat tanya apa Yang Berhormat ingin tanya. Letter of Support ini diberi dikeluarkan oleh Menteri kepada rating agency (MARK). Mengapa? Ini kerana Syarikat Kuala Dimensi ini melalui sebuah SPV akan mengeluarkan bon untuk membiayai pembangunan ini, Kuala Dimensi ini diberi persetujuan untuk membangunkan projek ini. Jadi dia perlu mengeluarkan bon, bahkan sudah dikeluarkan empat kali Yang Berhormat sebanyak RM3.8 bilion, Kuala Dimensi mengeluarkan kerana dia mahu mengerjakan. Bayaran balik akan diperoleh melalui deferred payment yang akan dibuat oleh PKFZ ini. Letter of support ini hanya menyatakan kepada rating agensi bahawa ini adalah projek kerajaan dan Kementerian Pengangkutan akan memastikan yang bayaran loan ini akan dapat dibuat sebaik mana yang boleh, to the best of the ability dengan izin. Makna ini satu, bukannya letter of guarantee, kementerian tidak berhak untuk mengeluarkan letter of guarantee melainkan melalui Kementerian Kewangan yang mewakili kerajaan Malaysia. Ketiganya, soft loan. Sebelum itu saya pergi kepada yang satu lagi, self finance sebab itu yang memerlukan soft loan ini. Self finance projek ini sebenarnya pada awalnya ia dijangka boleh digunakan wang yang terkumpul daripada kutipan hasil daripada projek yang besar ini, 1,000 ekar yang merupakan hanya satu-satunya di negara kita. Iaitu free zone di kawasan pelabuhan yang merupakan komersial dan juga industrial. Komersial itu ada, di Penang ada, di Tanjung Pelepas ada, tetapi yang komersial dan industrial di sini sahaja, di PKFZ ini sahaja. Jadi, yang menyebabkan ia mengalami masalah kemudiannya untuk menjalankan atas dasar self finance. Pada permulaannya projek ini perlu dilakukan secara dua fasa, two phases, dua pakejlah. Mula-mulanya melibatkan perbelanjaan RM400 juta yang hanya melibatkan sebahagian 500 ekar sahaja dahulu atau 400 ekar,, kemudian yang lainnya yang keduanya. Dijangkakan daripada pelaksanaan fasa pertama ini akan mendatangkan hasil dan hasil inilah yang akan digunakan untuk membiayai fasa kedua. Namun, kerajaan melalui kementerian kemudiannya membawa pakar dari luar iaitu ‘Jaber Ali’ untuk menasihati dan menjadi pengurus projek ini. Ini kerana mereka begitu berjaya di Dubai dengan kawasan 25 ribu ekar, dengan 5,000 buah syarikat dan sebagainya, mereka datang untuk membantu kita. Atas nasihat ‘Jaber Ali’ inilah dirasakan membuat projek ini dua fasa adalah tidak baik, menyusahkan. Pertamanya buat satu, kemudian bila hendak buat fasa kedua akan mengganggu fasa pertama, dengan gerak kerja on the ground lah, keselamatanlah dan sebagainya. Maka dan juga economy of scale dengan izin lebih besar ini barangkali lebih murah daripada dibuat peringkat-peringkat. Maka sebab itu ‘Jaber Ali’ mencadangkan supaya ia dibuat sekali gus, 1,000 ekar. Kerajaan telah meluluskan permintaan ini kerana lembaga pengarah PKFZ pun setuju, Pelabuhan Klang Commission pun setuju, maka dipersetujui. Apabila ia dipersetujui buat sekali gus inilah maka internal fund, hasil daripada fasa pertama, hendak guna untuk fasa kedua ini tidak dapat, tidak ada. Maka sebab itulah oleh sebab ini projek kerajaan dan sebagai tanda bahawa ini all along merupakan projek kerajaan, projek ini sudah pun dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dengan peruntukan permulaannya RM500 juta kalau tidak silap saya dalam Rancangan Malaysia Kelapan, tetapi tidak dapat digunakan kerana masa yang perlu dan perubahanperubahan yang saya cakap tadi.
Maka sebab itulah akhirnya Kabinet telah meluluskan skim soft loan ini yang mana terma-termanya, syarat-syaratnya masih lagi dirundingkan tetapi secara kasarnya, interestnya adalah 4% dan juga repayment periodnya tujuh tahun bersama satu tahun grace period dan seperti yang saya katakan ini masih lagi perbincangan di antara PKFZ dengan kerajaan untuk memuktamadkan syarat-syarat ini. Ini bukannya bail out, ini bukannya free money. Money with interest, interest 4%, a little bit of differ period given. Kepong, apa dia itu?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Okeylah, bagi Keponglah, Ipoh Timor sudah banyak kali.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Mengapa ‘Jabel Ali’ sebagai penasihat? Bolehkah kajian atau laporan ‘Jabel Ali’ diumumkan bagi kita tahu semuanya. Ini kita mesti perhatikan. Yang pertama, LPK selepas kita swastakan mengapa LPK terlibat di dalamnya. Kita sudah swastakan, LPK hendak terlibat lagi sama-sama tidak berpengalaman. Kita pelawa ‘Jabel Ali’ kerana kedua-dua pun tidak berpengalaman. Macam mana dengan projek ‘RM4.6’ bilion ini ada dua agensi yang tidak berpengalaman. Baik kita bagi ‘Jabel Ali’ sekali gus kalau macam itu. Yang pentingnya, yang pertama dengan tanah itu…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ada peraturan duduk macam tu ke?
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat boleh duduk macam itu. Saya pun hendak tegur tadi. Hairan saya macam mana boleh duduk macam itu bercakap, saya ingat sudah habis. Saya pun hendak bangkit.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kalau cokoh itu tidak penting, yang pentingnya LPK beli tanah itu RM25 tetapi pasaran RM12 hingga RM15 sahaja. Bolehkah Yang Berhormat terangkan mengapa dia satu kali ganda harga tanahnya. Ini dua soalan tadi banyak lagilah Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat, itu pun sudah cukuplah. Soalan-soalan itu pun sudah cukup. Asalkan tanya itu duduk elok-eloklah, jangan duduk tercangkung macam itu tidak eloklah orang nampak. Tambah orang kampung tengok apa Yang Berhormat duduk tercangkung. Ini pertamanya saya tidak tahu Yang Berhormat salah sebut ke dia kata projek ‘RM46’ bilion.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Lidah Yang Berhormat keras sedikit, jadi tidak berapa hendak jelas. Saya takut masuk dalam Hansard RM46 bilion, apa pula ini.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Sebab perpuluhan itu tidak berapa jelas sedikit. Okey. Yang keduanya fasal RM25 ini, ini mula-mulanya pembelian tanah ini paya semuanya. Dia tidak ada tanah ini, 1,000 ekar ini sebenarnya paya. Paya ini tahu tak? Paya ini air, bila pasang dia air paya. Jadi, yang RM10 hingga RM12 ini bila di tambunnya dahulu 500 ekar, tinggal lagi 500 paya. Maka harganya ialah RM10 hingga RM12, tetapi bila di tambunnya 1,000 ekar, 500 campur 500 lagi dan dibuatnya pula infrastruktur asas seperti selain daripada tambun tanah, perparitan, jalan, jambatan dan bekalan air dan dikira pula pembayaran ini dibuat dalam masa 15 tahun. Yang Berhormat 15 tahun, bukannya bayar sekali gus, bukannya bayar tunai. Yang RM10, RM12 itu dikira bayar tunai dan tambunnya pun 500 ekar sahaja. Bila di tambunnya 1,000 ekar, dibuatnya jambatan dan sebagainya dan dibayarnya pula 15 tahun, pada kadar interest 7.5%. Maka sebab itulah dia jadi kepada RM25 sekaki persegi. Jadi ada asas-asasnya. Tidaklah mudah ambil tanah jual dengan keuntungan yang sebesar itu. Okey, boleh saya sambung lagilah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Minta penjelasan. Kalau sudah habis dengan jawapan kepada Yang Berhormat daripada Kepong. Beri saya penjelasan mengenai empa tempat aspek yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri ada memberi jawab…
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Menyampuk] Belum habis lagi.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Eh belum habis.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Laporan untuk ‘Jabel Ali’. Mesti ada laporan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, satu-satulah Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ini dua-dua pun tidak boleh bersetuju yang mana satu. Ini masalah ini selalu dua. Saya ingat satu masalah dalaman dalam DAP. Antara Ipoh Timor dengan Kepong. [Ketawa]
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ‘Jabel Ali’ ya ‘Jabel Ali’.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ipoh Barat senyum saja, untung dia dua bergaduh dia untung. [Ketawa] Tidak, main-main saja. Kepong ni, kita suka main-main dengan dia. Yang Berhormat Kepong, laporan tidak ada masalah Yang Berhormat. Saya memberi kenyataan hari ini, ini yang di buat, persetujuan ataupun perakuan ini dibuat oleh ‘Jabel Ali’, hendak tanya siapa-siapa pun boleh. Nanti tanyalah kepada Kementerian Pengangkutan nanti bila dia buat jawatankuasa hendak minta laporan, Yang Berhormat tanyalah dia. Tetapi bagi saya sudah pun berpuas hati, saya umumkan dalam dewan yang mulia ini, ini adalah perakuan ‘Jabel Ali’ dan perakuan Yang Berhormat kata expert ini yang mempunyai 25,000 ekar tanah, 5,000 syarikat yang beroperasi di ‘Jabel Ali’ di Dubai yang kononnya mempunyai segala kepakaran. Maka, kita terimalah nasihat dia dan kita mengakui dan kerajaan bersetuju supaya dibuat sebagai satu pakej. Tentang laporan itu, Yang Berhormat tanya nantilah. Kalau Kementerian Pengangkutan hendak bagi, bagilah saya tidak ada masalah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terima kasih. Yang pertama mengenai tanah, harga dan pembelian. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri berkata bahawa sebab kenapa tidak menggunakan Land Acquisition Act untuk membeli tanah itu. Oleh kerana ada soalan sama ada ya untuk public purpose, tujuan awam. Bukankah benar bahawa opinion, pandangan Kamar Peguam Negara ialah boleh menggunakan Land Acquisition Act dan haruslah menggunakan Land Acquisition Act untuk membeli tanah tersebut kerana oleh Port Klang Free Zone ialah untuk tujuan awam dan itulah satu rekomendasi Kamar Peguam Negara dan dapat persetujuan daripada Perbendaharaan (Treasury) pun bukankah itu benar. Kalau begitu, kenapa pendirian, cadangan, perakuan Kamar Peguam Negara dan Perbendaharaan diketepikan? Itu pertama. Oleh sebab kalau pembelian ini berasas masa itu harga tanah itu di nilai RM10 kaki persegi, tentulah satu penjimatan akan boleh diperoleh.
Kedua, bukankah benar bahawa apabila satu keputusan dibuat, untuk mengetepikan perakuan Kamar Peguam Negara dan Perbendaharaan untuk menggunakan Land Acquisition Act untuk membeli tanah tersebut, satu jaminan ada dibuat bahawa inilah projek self-financing sustainable dan tidak perlu apa-apa suntikan wang daripada Perbendaharaan. Bukankah itu benar? Kalau begitu, kenapa boleh berlaku sekarang satu soft loan yang ‘vocabulary’ Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri tetapi nampaknya akan menjadi satu bail out. Kenapa ini boleh berlaku, dua-dua aspek yang saya kemukakan.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Tidak ada masalah saya boleh jawab. Lepas ini tidak adalah, itu saja supaya kita boleh jawab benda-benda lain lagi. Okey, memang ada pandangan oleh Peguam Negara dan Kementerian Kewangan supaya ianya diambil melalui Land Acquisition Act ini kerana ianya lebih murah tetapi seperti yang saya sebut tadi, ada juga pandangan daripada saya difahamkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa ianya tidak sesuai diambil melalui Land Acquisition Act ini. Sebab itulah maka wujudnya pendapat yang berbeza-beza dan sebab itulah ianya dibawa kepada Jemaah Menteri pada 2 Oktober 2002 untuk diselesaikan. Apabila pendirian dibuat oleh satu-satu kementerian, sekiranya ada terdapat pandangan yang berbeza daripada kementerian-kementerian lain, maka ia terpaksa dibawa ke Jemaah Menteri dan Jemaah Menteri telah bersetuju telah membuat keputusan. Saya berdiri di sini mewakili kerajaan kalaupun saya daripada Kementerian Kewangan, kalaupun saya mengaku bahawa Kementerian Kewangan pada satu masa mencadangkan supaya ianya dibuat dalam melalui land acquisition tetapi ianya telah dibincangkan semula, telah pun ditable kan di Kabinet dan dengan kebijaksanaan, kita kena beri pengakuanlah kebijaksanaan keseluruhan Kabinet, maka mereka sudah membuat satu keputusan yang terbaik untuk negara pada masa itu, 2002 bahawa yang terbaiknya untuk mengelakkan pelbagai masalah dan sebagainya, teruskan saja dengan pembelian tanah. Ya?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, mengenai dengan isu ini. Kenapa Kabinet tunduk kepada pandangan Kerajaan Negeri Selangor? Bukankah mengikut Perlembagaan, apa Kabinet perlu ialah mengikut pandangan Kamar Peguam Negara kerana peguam-peguam Kamar Peguam Negara ialah legal advisor, yang pertama. Yang kedua, bukankah benar selepas mesyuarat dan keputusan dibuat oleh Kabinet pada 2 Oktober 2002, betul? Selepas itu, Kabinet ada buat keputusan yang baru untuk ketepikan keputusan itu supaya tanah itu dibeli mengikut Land Acquisition Act . Bukankah itu benar?
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Wah, Yang Berhormat seolah-olah ahli Kabinet ya?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tak. You, perkara benar tak benar? Itu betullah. Itu pasallah, betul tak betul?
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Nantilah. Saya bukan ahli Kabinet, saya Timbalan Menteri. Saya tak masuk Kabinet. Jadi ya lah, tahu. Saya tahu. Tapi Kabinet, jangan Yang Berhormat kata bila Kabinet buat sesuatu keputusan, maka Kabinet tunduk kepada mana-mana parti. Kabinet ini satu musyawarah, satu majlis yang besar yang mempunyai pandangan yang berbeza tetapi dirumuskan dan kita mempunyai kepercayaan bahawa Kabinet membuat yang terbaik. Saya yakin bahawa Kabinet tidak tunduk kepada mana-mana kepentingan sama ada syarikat ataupun negeri tetapi kepentingan rakyat Malaysia. Jadi, saya tidak hendak prasangka kata Kabinet ini tunduk kepada Kerajaan Negeri Selangor atau mana-mana. Mungkin apabila dibincangkan, apabila diberi penjelasan oleh semua pihak, maka itulah yang terbaik yang dibuat dan pada kemudiannya memang saya pun tahu Yang Berhormat mengatakan bahawa Kabinet menukar pendirian tetapi kemudiannya kembali kepada pendirian asal. Pada 6 November tahun 2002, ianya kembali kepada persetujuan asal pada 2 Oktober. Jadi setakat itu kita terima, maka inilah yang dijadikan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bangun]
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Tadi kata dah satu, dah cukuplah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bukan sudah itu.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat, ini banyak lagi ahli-ahli Yang Berhormat lain soalan-soalan ini.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang ini mustahak, yang ini mustahak.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Soalan saya pun tak berjawab lagi ini.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ok. Nanti, nanti. Berapa? Satu ke berapa ini?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sorry?
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Saya nak bagi peluang sekali lagilah. Lepas itu cukup, saya bagi orang lain pula.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ok, kalau beri sekali gus. Boleh sekali gus?
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Ok, sekali saja saya nak.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sekali gus. Yang pertama mengenai pembelian tanah. Tadi Yang Berhormat ada mengesahkan bahawa Kabinet pada 2 Oktober telah buat keputusan bahawa tanah itu dibeli mengikut Land Acquisition Act seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi selepas itu ada membatalkan keputusan itu dan lagi selepas itu adalah balik kepada keputusan yang asal. Apa sebabnya? Apa sebabnya Kabinet bertukar-tukar mengenai keputusannya khasnya apabila tanah itu dibeli untuk RM3 kaki persegi dan untuk RM95 juta sebelum 1999 dan sekarang dibeli untuk Port Klang Free Zone untuk RM1.8 bilion ialah termasuk interest untuk 15 atau 17 tahun ialah satu angka 19 kali lebih besar daripada harga asal yang dibeli oleh Kuala Dimensi untuk tanah itu. Untuk RM95 juta beli, jual untuk Port Klang Free Zone RM1.8 bilion, 19 time. Bukan ini satu rip off? Satu rip off dan kena Kabinet bersetuju apabila pendirian Kamar Peguam Negara ialah menggunakan Land Acquisition Act untuk membeli dengan harga yang lebih rendah.
Kedua, mengenai Letter of Support. Letter of Support, betul yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan. Bukankah benar bahawa inilah letter of support digunakan untuk rating agency supaya mengisytiharkan bon-bon yang dikeluarkan oleh Kuala Dimensi ada 3A rating. Oleh kerana dianggap sebagai government guarantee sungguhpun Menteri Pengangkutan yang berkenaan tidak ada kuasa, tidak ada hak untuk buat saringan itu. Kalau begitu, kenapa oleh kerana Menteri Pengangkutan sudah melanggar, mencabuli undang-undang, abuse of power, menelan kuasa pun.
Bukankah Menteri Pengangkutan berkenaan perlulah memikul tanggungjawab oleh kerana letter of support itu, sekarang kerajaan perlu buat soft loan RM4.6 bilion dan inilah bukan wang kerajaan, ini wang rakyat. Itu daripada public coffer. Bukankah ini satu tindakan yang sangat cuai? Seorang Menteri Pengangkutan yang beri satu letter, empat letter of support yang mengikut Yang Berhormat Timbalan Menteri, empat letter of support yang dianggap sebagai guarantee dan sekarang kerajaan dan Kabinet nampaknya sudah bersetuju ini satu guarantee dan sebab itu perlu untuk selamatkannya.
Bukankah ini menunjukkan Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab? Siapa Menteri Pengangkutan? Bukankah Menteri Pengangkutan kini terlibat dan Menteri Pengangkutan sebelum ini iaitu Tun Dr. Lim Liong Sik pun terlibat? Kenapa dua-dua tidak perlu pay the price for the heinous crime kepada rakyat? Ketiga ialah mengenai self financing. Satu jaminan diberi bahawa self financing ini sustainable, tidak perlu RM1 public funding, sekarang perlu RM4.6 bilion soft loan. Bukankah benar bahawa bukan sahaja ada dua aspek masalah tanah, daripada tanah yang menjadi harga RM1.8 bilion. Development Port Klang Free Zone pada asalnya ialah RM400 juta, sekarang nampaknya sudah lompat menjadi RM2.8 bilion. Harga beberapa kali, tanah sampai RM1.8 bilion, development tanah itu RM2.8 bilion, jumlah RM4.66 bilion. Bukankah ini satu rip off yang raksasa dan tidak patut diberi sokongan, perlindungan oleh satu kerajaan yang melaunglaungkan integriti, akauntabiliti, transparensi dan khasnya.
Yang keempat ialah mengenai dua phases. Kita tahulah siapa sebenarnya yang bertanggungjawab. Saya ada melawat Port Klang Free Zone, saya tak tahulah Yang Berhormat Timbalan Menteri ada melawat Port Klang Free Zone. Ini nampak satu ghost town! Apa guna ada four star hotel di sana? Tentulah ini tidak tepat dan tentulah ada 512 unit sana, 10% sahaja digunakan. Tadi kita pun ada dengar ada 30 unit yang ada ambil tempat. Bukankah benar bahawa pada 2002 adalah pengumuman bahawa beratus-ratus pelabur-pelabur tunggu untuk melabur apabila Port Klang Free Zone dibuka. Mana itu beratus-ratus unit? Bukankah akhirnya Port Klang Free Zone akan patut menjadi satu tanda a warning,
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: … Red light warning bahawa kalau inilah cara kita menguruskan investment kita, projek kita sama ada projek Iskandar, North Corridor, Economic Region dan lain-lain,
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, minta penjelasan saja.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: … Projek-projek tidak boleh dapat keyakinan pelabur-pelabur
asing oleh kerana ….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ….Port Klang Free Zone sudah menjadi the greatest scandal of any Prime Minister in the first phase of premiership di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Timbalan Menteri kena selesaikanlah kalau tidak…
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Okeylah, cukuplah sebabnya banyak jadi saya akan bagi jawapan yang saya yakin boleh lagi dipanjangkan di peringkat Jawatankuasa kerana kalau Yang Berhormat hendak tanya tentang Menteri Pengangkutan yang dahulu, yang sekarang dan sebagainya maka peringkat Jawatankuasa saya rasa bolehlah ditingkatkan lagi. Jadi sebenarnya apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat keempat-empat isu tadi, samalah saya jelaskan tadi.
Soalnya apakah letter of support ini, saya baca sendiri letter of support ini, sebenarnya dia bukan merupakan gerenti hanya sokongan oleh seorang Menteri bahawa projek ini adalah projek kepentingan awam dan sebagai Kementerian Pengangkutan dia akan berusaha untuk memastikan syarikat ini dapat bayar balik. Soal hendak bagi triple A itu I don’t think dengan izin, ini yang ditentukan oleh mana-mana Menteri. Ini rating agensilah apabila menerima maklumat-maklumat ini, surat-surat sokongan dan sebagainya, merekalah yang membuat penilaian, jangan
pula mengatakan bahawa rating agensi mark membuat rating triple A, dua A berdasarkan kehendak mana-mana pihak. Kalau kita beranggapan demikian maka saya rasa tidak adil, tidak adil kepada rating agensi, tidak adil kepada pemain-pemain dalam pasaran kita. Jadi soalnya letter of support is not a letter of guarantee.
Soal sama ada banyak mana pengaruh letter of support ini terserahlah kepada rating agensi untuk membuat. Soal pembelian tanah RM96 juta ini, Yang Berhormat saya ingin sebutkan pembelian 500 ekar pertama dibuat dalam tahun 1994 oleh syarikat ini. 1994 sebanyak 31 juta, tidak ada kena mengena saya kira hubungan dengan, cuma kemudian sahaja bila dia sudah beli, dia cadangkan ini yang perlu dibuat oleh Port Klang dan ini semua telah melalui proses-prosesnya. Apa yang hendak saya jelaskan bahawa kabinet telah membuat keputusan ini dan akhir-akhirnya telah bersetuju. Jadi soal-soal lain itu saya rasa kita tidak berkesudahan Yang Berhormat. Antara Yang Berhormat dengan saya petang ini tidak berkesudahan. Yang Berhormat kata itu saya kata ini. Jadi kita teruskanlah, mungkin jawapan kepada soalan-soalan lain yang boleh saya buat dalam masa yang ringkas ini.
it’s like he doesn’t know what he’s doing
Dear Uncle Kit,
Thank you for taking the trouble to reproduce from the Hansard. I respect your position in that august house. And thank you for raising the issues so clearly. But at the end of it, the answers are still unsatisfactory. Where do we go from here?
we cannot get clear answers even from a deputy minister.
it seems, that there is main main ” tai chi ” . the art of shifting tanggung jawab si sini.
antara , ministry of finance n ministry of transport.
this is the problem, when auto pilot is used to managed the nation , the downlines are just unable to perform as ONE team.
its akin to an ECHO.
yb lim………….muntah darah.
quote and unquote the x premier ” half past six “.
This is how an Islamic State functions.
Decades of gross mismanagement and financial incompetent.
Imagine if this money was spent on the marginalised people of all races to improve their standard of living and create employment opportunity and better public facilities???
haha, the scumbags area all talking kalk in Parlaiment. All avoiding the questions. They thot that by spending 2-3hrs “replying to some queries is called answering. I dont see how such stupid fellas can become ministers. They cant even debate properly without using degrading words. Sekolah mana dulu?
PKFZ Scandal – The Real BN Power Sharing Concept Exposed
The RM4.6 billion scandal of the Port Klang Free Zone has exposed the real story of the BN’s power sharing concept.
At the center of the controversy is Kuala Dimensi Sdn. Bhd., which bought the land from Pulau Lumut Development Cooperative at RM95 million in 1999 and sold of to Port Klang Authority at RM1.1 billion in 2003, in spite of opposition within the government to the deal. The government could have acquired the land under the National Land Code at RM10 per square feet, but instead chose to buy the land at RM23 per square feet. Kuala Dimensi was then appointed as the turnkey contractor for the project, and has reported cost overruns of up to RM3.3 billion.
Behind the scenes, this scandal, supposedly to emulate the Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza) in Dubai, reveals the real story of BN’s power sharing concept as national and local UMNO leaders, an SPDP MP as well as a former MCA Parliamentary Secretary are involved at one stage or another of the project. No wonder Jafza, which managed PKFZ decided to withdraw in July 2007, for political interference and bureaucracy.
Yet again, Prime Minister has lost the opportunity to show political will by agreeing to the request by Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy for a soft-loan of RM4.6 billion for the project. This is tantamount to a bailout. Furthermore, the motion from the Opposition to debate the matter in Parliament as rejected. The two incidents illustrate the mismatch between the supposedly earnest intention of the government to do the right thing and the sorry reality that it can ill-afford the cleansing process that this would entail.
Will this illustrate confidence to the foreign investors that the government wants to attract in the growth corridors? Worse still, Kuala Dimensi made the exorbitant profits of the land sale at the expense of Pulau Lumut Development Cooperative Berhad, which is a cooperative of local Malay fishermen.
The statement by former Transport Minister Tun Dr Ling Liong Sik that it was “a good idea†does not in any way whatsoever justify the blatant corruption, cronyism and daylight robbery that appears from this project. Instead of being a mere apologists for the scandal Liong Sik should be asked to explain his initial role and incompetence that led to the fiasco.
Again, I demand the government to heed our earlier call for an independent commission to investigate and establish who is culpable for this massive scandal.
ANWAR IBRAHIM
http://www.parlimen.gov.my/hansard2.php
Hansard – bookmark it in your internet browser for your future reading & reference and no need to depend on TV & radio which give biased reports on what transpired inside Parliament.
Wednesday September 5, 2007
Independent bumiputras from Star News 5/9/07
‘
KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has expressed hope that a day will come when bumiputras will no longer need privileges from the Government. ‘
It is just like asking the White Americans to wait for the red indians to produce their own space ship. Impposible ! And look at the attitude of KJ ,Krismudin and some of the uncivilised Umno MPs u will know how greedy they are !
After 50 years of independence, DAP MPs can’t even phrase and ask properly structured questions in the house – it is shameful.
When will we get to see some distinguished opposition MPs? Read the transcript – this is a joke! How do you build the confidence of the voters to vote for you? Sad!
Will there be any change in the coming elections? And seriously, why call yourself Malaysians, if you can’t speak the national language fluently? (same goes for the BN MPs, namely Sammy the baboon).
twistedmind
are u a Msian then? Can u speak BM fluently? DOnt tok kok in here. It doesnt make one person more Msian just by speaking BM fluently. Just like it doesnt mean u r more patriotic than the next person beside u becos u fly the Jalur Gemilang on ur car.
If u are daft pls dont hi-lite urself to the world.
ham sap account??
The big fat idiot was quoted as saying “we did not provide a government guarantee.” But then he went on to say “We told the rating agency that if the Borrower didn’t pay, then the government will ensure that the Borrower will have to funds to pay.” Or word to the same effect.
And we have clowns like this for a deputy finance minister ? Not a guarantee but we will pump in money if the borrower doesn’t pay ? An undertaking to pay the debts of someone is the same as a guarantee. Bodoh! Bodoh! Bodoh!
But Godfather wait a minute…!
In banking law, an indemnity is different from a guarantee. “Pumping money if the borrower doesn’t pay” is an indemnity.
Twistedmind,don’t criticise the non Malay MPs for their not fluent BM.I think you are a typical BN Malay.You fellows are damn shit arrogant.For 50 years after independence,many non Malays have mastered the Malay language.What about u fellows?How many of you can speak and understand Mandarin?It is shameful upon you fellows to be so big-headed and arrogant to ignore our language.Just wait one day you will regret for not knowing Mandarin when the whole world is learning it.
Twistedmind, in a multi ethnic country like ours, you can’t expect every citizen to speak the national language fluently especially when he is not a Malay. It is quite narrow minded and discriminative in nature if one do not consider someone a citizen just because he couldn’t speak fluent malay. If a malay couldn’t speak fluent malay, you can say ‘don’t call yourself a malay’, but it is very unfair to say, ‘you are not malaysian’. Everyone who is born here deserved to be the citizen, irregardless of his ethnic origins, whether he is uneducated or physically disabled.
Well, at least the non malays can speak multiple languages fluently, not confined to just one…….. (one that is not marketable in the corporate world and the global community)
anyway, with the current gov, what they will do is pass the buck around until the public grows tired of all the ‘Tai Chi’ and this issue will slowly fade away and the issue unresolved.
So the gomen claimed that there will b interest charged at 4% per annum and repayment of 7years. For a loan of RM 4.6billions, you must pay about 70 millions a month. Are the PKFZ have the ability to repay the loan in monthly installment to the tune of about 70mils????
I wonder how much money they need to generate in order to make profit and repaying the gomen.
Undergrad2:
In banking terminology, an indemnity is worse than a guarantee. However, the simple fact is that the government did provide assurance of payment to the bondholders, which was why the bonds were rated triple A. So why the pussyfooting around and trying to hoodwink the public ?
Zainuddeen Maideen is right. Only bloggers have intellect. The kampung folks won’t care about the guarantee or indemnity as long as they get their sewing machines or RM200 green packets come election time.
So what if the non -Malays MP can,t speak the Language well, The issuse here is not the language ,But the corupption and the wastage of puplic funds,On a project that will take years to see profit, or do the goverment need to pump in another RM4 billion in another 5 years time,we have to wait and see.
Let us be realistic about the Malay language,Even INDONESIA and BRUNIE speak a different form of MALAY.If the Malays want to get out of the Kampung ,English is the language to learn
Or do we always want to be like The” katat di-bawah tempurung”
PKFZ? Reading that sounds a bit vulgar. Anyway, what is the issue? Just call in the ACA to check everything and if they say so, so be it cos this country is rich and can afford it.
It also shows we are a progressive, uncorruptible, fair, honest, wise, non-racists, non-infidels isince we are now known as an Islamic nation for the world to see.
I think Bahasa Malaysia/Bahasa Indonesia is very important to learn because with a population in Asia of about 300 million, one day it will be needed as the people get better off and there is a big need due to economic, politicaal or social needs.
Don’t learn English, Mandarin, Latin, German, Japanese, Russian, Tamil/Urdu, Arabic etc. They are not important.
Your’re right, Godafther.
An indemnity is worse than a guarantee in the very important sense that if A does not pay B, C shall pay B – and it does not matter why A does not pay B or fails to pay B or refuses to pay B. Does not matter if there is or isn’t a breach of contract . In the event B is not paid, C undertakes to pay B. Period.
And the idiots in the Ministry probably offered an indemnity, rather than a specific guarantee. “We indemnify you for all losses and expenses….” just to get away from the word “guarantee”.
Guess that’s why there is no chance the Government can ever walk away without bailing out the project.