(From Hansard 4th September 2007 [unedited] on the RM4.6 billion Port Klang Free Zone scandal during the winding up of the debate on 2007 Supplementary Estimates by Deputy Finance Minister, Datuk Dr. Awang Adek)
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Yang Berhormat, saya ingin meringkaskan cerita dan saya terus kepada perkara-perkara pokok. Yang Berhormat menimbulkan berbagai-bagai isu tetapi kalau diizinkan saya ingin cantumkan isu-isu Port Klang Free Zone ini kepada empat isu. Pertama, mengapakah pembelian tanah ini tidak dibuat melalui pengambilan balik tanah? Kan Yang Berhormat?
Keduanya, apakah status dan mengapakah Menteri mengeluarkan surat, tidak tahulah Yang Berhormat sebut letter of guarantee, tetapi kita sebut letter of support, surat sokongan. Ketiganya ialah mengenai soft loans, pinjaman ringan, pinjaman mudah. Keempatnya, kenapakah projek ini yang dulunya dianggap sebagai self finance dengan izin, tiba-tiba perlukan kepada pinjaman mudah. Boleh Yang Berhormat, empat itu? Ada lagi?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Macam mana build up pula, saya dah cakap empat tadi, dia setuju-setuju, dia masuk juga …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Timbalan Menteri jawab sahajalah, jangan ada tawar-menawar ini, susah.
Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Tidak apalah, kita bagi peluang dia, nanti dia tidak puas hati, dia kacau lagi. Kita nak telus, bagi jelas. Kepong ok ya? Jangan kacau Kepong. Jadi pengambilan tanah, mengapa pengambilan tidak dilakukan secara pengambilan balik tanah. Yang Berhormat, mula-mula memang ada usaha untuk diambil tanah melalui pengambilan balik, land acquisition. Land acquisition ini boleh diambil melalui dua cara, satunya berdasarkan kepentingan awam. Biasanya kepentingan awam ini adalah untuk projek-projek sosial, hospital, universiti, ini projek ekonomi. Ekonomi yang besar yang mungkin boleh melibatkan keuntungan.
Keduanya ialah pengambilan balik tanah melalui projek ekonomilah iaitu yang keduaduanya tetapi yang ekonomi ini disyaratkan tidak ada sebelum ini development order, ini ada dalam undang-undang Land Acquisition Act. Sekiranya sudah ada development order maka pengambilan tanah atas dasar ekonomi ini tidak boleh dibuat. Jadi sebab itu timbul masalah sama ada ia boleh dibuat ataupun tidak. Apakah ia boleh dikategorikan sebagai pengambilan untuk kepentingan awam memenuhi projek-projek sosial, projek yang betul-betul perlu rakyat ataupun perlu diambil melalui pelaksanaan projek ekonomi. Malangnya pengambilan melalui projek ekonomi bersyarat dalam akta itu, tidak boleh dibuat sekiranya development order sudah dikeluarkan.
Jadi sebab inilah, maka ia mengambil masa. Pada tahun 2002 Kementerian Pengangkutan telah membawa kertas Kabinet, perbincangan dengan Kabinet. Kabinet bersetuju pada 2 Oktober 2002 supaya pembelian tanah ini dibuat. Ini bermakna ada persetujuan bahawa tanah ini dibeli dengan harga-harga tertentu berdasarkan usaha untuk mengambil balik tanah ini, ada isu-isu berbangkit yang boleh menimbulkan masalah, itu pertama. Keduanya, letter of support, surat. Surat ini sebenarnya bukan … Continue reading “RM4.6 billion PKFZ scandal – Hansard account”